- Lain-lain
Dron Hantar Makanan Hangat Buat Warga Emas di Kawasan Pergunungan Zhejiang
Dengan bantuan perkhidmatan penghantaran makanan oleh dron, warga emas di kawasan pergunungan di sebuah kampung di Provinsi Zhejiang kini boleh menerima makanan hangat dari kantin makanan dalam beberapa minit sahaja.
Warga emas menikmati makan tengahari yang hangat dihantar oleh dron di sebuah pusat aktiviti warga emas di kampung semula jadi di bawah kampung Fenglian, Perbandaran Hengcun, kaunti Tonglu, bandar Hangzhou, ibu kota Provinsi Zhejiang. (People’s Daily/Huang Qiang)
Pada 31 Mac 2025, dron-dron tersebut telah memulakan penghantaran makanan kepada 168 penduduk warga emas di seluruh lima kampung semula jadi di bawah kampung Fenglian, Perbandaran Hengcun, kaunti Tonglu, bandar Hangzhou, ibu kota Provinsi Zhejiang.
Ia sekali gus menandakan pelancaran projek percubaan penghantaran makanan oleh dron yang pertama di Zhejiang buat warga emas di kawasan pergunungan.
Di kampung Songjia, iaitu salah satu daripada lima kampung semula jadi di Fenglian, masa penghantaran telah dipendekkan daripada 30 minit menerusi kenderaan, kepada hanya empat minit menggunakan dron.
“Dua hidangan berdaging dan satu hidangan vegetarian hanya berharga RMB3 (AS$0.41). Kantin tersebut berjarak 3 kilometer, dan kini makanan boleh sampai dalam hanya beberapa minit sahaja. Ini tentunya tidak dapat dibayangkan pada masa dahulu,” kata seorang penduduk kampung bernama Song Jinchun.
Sebuah dron sedang penghantar makan tengahari kepada warga emas sedang bersedia untuk mendarat di hadapan seorang warga emas di pusat aktiviti di kampung semula jadi di bawah kampung Fenglian, perbandaran Hengcun, kaunti Tonglu, bandar Hangzhou, ibu kota Provinsi Zhejiang. (People’s Daily/Huang Qiang)
Perkhidmatan yang dibantu oleh dron itu dilancarkan secara bersama oleh kerajaan tempatan perbandaran Hengcun dan syarikat kurier China, YTO Express. Ketika ini, ia menggunakan dua dron, dengan setiap satunya berkeupayaan untuk membawa lebih daripada 40 kilogram barangan dan terbang sekitar 20 minit.
Berbanding dengan kaedah penghantaran tradisional, dron tersebut adalah lima kali lebih cekap.
Lima kampung semula jadi Fenglian terletak bertebaran di bahagian pedalaman dan bergunung. Kampung paling jauh terletak 10 kilometer daripada kantin, dan perjalanan kaki sehala di sepanjang jalan bergunung antara kantin dan kampung mengambil masa lebih dua jam.
Projek rintis itu bertujuan untuk mengatasi isu cabaran penghantaran ‘batuan terakhir’ di kawasan luar bandar. Pada masa depan, perkhidmatan itu dijangka untuk berkembang sehingga merangkumi penghantaran bungkusan ekspres, perubatan dan barang-barang penting lain, dalam usaha untuk memanfaatkan teknologi buat kehidupan rakyat.
- China Bakal Dorong Pelancongan Mesra Warga Emas, Tawar Lebih Banyak Kereta Api Khusus
- Lebih 1,800 Jenis Produk Dron Awam Didaftar di China
- Skala Pengaplikasian Dron di China Terus Diperluas
- Pembangunan Industri Dron Yanqing Semakin Pesat
- Xi Sampaikan Salam kepada Warga Emas di Ambang Pesta Chongyang
- Golongan Warga Emas, Salah Satu Tumpuan Pentadbiran Xi
- Xi Sampaikan Salam kepada Warga Emas di Ambang Pesta Chongyang
- Khidmat Dron Hantar Barang Rancak di Tembok Besar Pada Cuti Hari Kebangsaan
- Industri Dron China Catat Pertumbuhan Pesat
- Dasar ‘Ekonomi Perak’ China Pamer Potensi Perniagaan Sangat Besar