Import Eksport Shanghai ke ASEAN Naik 7.1% pada S1 2025

(CRI)Rabu 23 April 2025

Jumlah import eksport antara bandar Shanghai dengan negara-negara ASEAN merekodkan RMB143.52 bilion (RM86.66 bilion) pada suku pertama (S1) 2025, menokok 7.1 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Kastam Bandar Shanghai.

Berikutan dengan kenaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) ke versi 3.0, Jabatan Kastam Pelabuhan Waigaoqiao Shanghai telah memperkenalkan "pengakuan dua langkah" dan "pemuatan terus semasa ketibaan" untuk memudahkan prosedur kelulusan kastam, sekali gus menyumbang kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan antara bandar Shanghai dengan negara-negara ASEAN.

Malaysia ialah pasaran automotif kedua terbesar di rantau Asia Tenggara, dan industri alat ganti keretanya mempunyai potensi besar.

Baru-baru ini, kapal kargo "HOCHIMINH VOYAGER" membawa sebanyak 108,000 keping komponen papan pemuka automotif meninggalkan Pelabuhan Waigaoqiao dan menuju ke Pelabuhan Pulau Pinang, di bawah pemantauan Kastam Pelabuhan Waigaoqiao Shanghai.

Video

Berita Berkaitan