Festival Barangan Tahun Baharu Guangxi Dirasmikan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 03 Januari 2025

Festival Barangan Tahun Baharu Atas Talian (Guangxi) China-ASEAN 2025 dirasmikan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Guangxi pada malam 31 Disember.

Festival Barangan Tahun Baharu Atas Talian (Guangxi) China-ASEAN 2025 dirasmikan pada malam 31 Disember. (Foto ihsan pihak penganjur)

Festival Barangan Tahun Baharu Atas Talian (Guangxi) China-ASEAN 2025 dirasmikan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Guangxi pada malam 31 Disember. Acara tahun ini menjanjikan produk-produk istimewa yang berkualiti tinggi dari merata-rata negara, mencipta suasana jalan-jalan komersial tipikal yang menawarkan barangan keperluan sambutan tahun baharu.

Sepanjang tempoh pesta yang berlangsung hingga Februari 2025 ini, para peniaga akan membuat siaran langsung mempromosikan barangan Tahun Baharu, membolehkan pengguna membeli produk dari ASEAN tanpa meninggalkan rumah sendiri.

Fang, seorang wanita yang tinggal di Nanning, menyatakan bahawa festival itu cukup beraneka ragam kandungannya dan penuh makna. Dia akan membeli barangan Tahun Baharu kegemarannya melalui aktiviti promosi atas talian ini.

Video

Berita Berkaitan