- Lain-lain
Teknologi Sumbang Dalam Usaha Pemuliharaan di Tanah Tinggi China
Foto memperlihatkan Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Zhao Guanliang)
Meskipun sudah memasuki bulan April, Hoh Xil nan luas dan ditiup angin kencang tanpa henti masih diselubungi salji. Terletak di dalam Taman Negara Sanjiangyuan di pedalaman hulu air Sungai Yangtze di Provinsi Qinghai, barat laut China, tanah gersang beraltitud tinggi – dengan purata lebih daripada 4,500 meter dari paras laut – merupakan tapak Warisan Alam Semula Jadi terbesar di China.
Kesejukannya yang ekstrim, angin yang nipis dan terasing itu secara tidak langsung telah memelihara ekosistem yang asli, dan lebih cenderung kepada hal-hal kerohanian, serta menjadi habitat kepada hidupan liar seperti antelop Tibet dan yak liar.
Namun, kawasan yang terletak jauh di pedalaman itu bukan lagi menjadi satu halangan dalam usaha perlindungan. Difahamkan, projek pemuliharaan di kawasan itu telah memasuki era digital.
Wartawan People’s Daily telah berpeluang untuk menyertai renjer dari pentadbiran Taman Negara Sangjiangyuan Hoh Xil untuk meronda di Tasik Zhuonai. Tatkala memasuki ke kawasan lebih dalam, rombongan telah disajikan dengan pemandangan semula jadi yang terdiri daripada kawanan keldai liar Tibet, yak liar dan antelop Tibet yang sedang meragut rumput dan berkeliaran bebas.
Jalannya pula sama seperti zon perlindungan utama Hoh Xil, iaitu kekal tidak diterokai – satu pilihan untuk meminimumkan gangguan manusia. Tetapi, tanda-tanda infrastruktur pemuliharaan moden turut semakin kelihatan. Di sepanjang jalan, bingkai hinggap untuk helang menyerlahkan landskap pada selang waktu, menawarkan tempat berteduh yang selamat untuk burung pemangsa tanah tinggi dan menggalakkan kepelbagaian biologi.
Stesen pemantauan berkuasa suria yang berdekatan, anggun, mengumpulkan data tentang keadaan iklim dan komposisi tanah secara senyap, iaitu satu input berharga bagi penyelidik yang mengkaji persekitaran semula jadi di rantau tersebut.
Sejak taman negara itu ditubuhkan, pasukan renjer telah menukar kenderaan pikap yang lama kepada kenderaan pacuan empat roda berprestasi tinggi. Telefon satelit, yang dahulunya mewah, kini menjadi satu kebiasaan, sekali gus menyediakan pilihan daftar masuk bagi rondaan yang pernah bertahan selama setengah bulan tanpa berhubung.
Menjelang malam, pasukan itu tiba di stesen perlindungan Tasik Zhuonai, yang bertenggek lebih daripada 4,800 meter di atas paras laut. Lebih mengejutkan, capaian perkhidmatan sel telefon turut boleh didapati di situ.
“Rangkaian telekomunikasi telah siap pada tahun lepas,” kata Guo Xuehu, bekas timbalan ketua stesen itu, sambil menceritakan bahawa ia kini menggunakan tenaga solar dan dia boleh berhubung secara panggilan video dengan keluarganya pada siang hari.
Antelop Tibet mencari makanan di Hoh Xil di Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong)
Guo, 48, telah menghabiskan masa selama 13 tahun di stesen perlindungan Tasik Zhuonai sebelum berpindah ke stesen perlindungan Kunan sebagai timbalan ketua pada dua tahun yang lalu. Sebagai salah satu daripada enam stesen bermanusia di serata Hoh Xil, Kunan ketika ini mempunyai tujuh renjer yang mengawasi tanah gersang itu secara bergilir-gilir, dengan setiap rondaan berlanjutan selama 15 hari.
Sejak penubuhan Taman Negara Sanjiangyuan, stesen perlindungan Kunan telah menjadi lebih daripada sekadar tugas meronda, tetapi turut menjadi tapak bagi penyelidikan saintifik.
Pada setiap musim panas, Tasik Zhuonai akan menjadi ‘wad bersalin’ – iaitu gelaran oleh renjer, yang menyaksikan penghijrahan hampir 30,000 antelop Tibet bunting ke Kunan. Tahun lalu, Guo menyertai ekspedisi penyelidikan dari Institut Biologi Penara Barat Laut di bawah Akademi Sains China, dan meluangkan masa selama dua minggu untuk menjejaki penghijrahan haiwan itu.
Usaha perlindungan dan pengawasan yang berlanjutan selama bertahun-tahun mula memperlihatkan hasilnya.
Dalam tempoh sedekad lalu, pemuliharaan air di kawasan Sanjiangyuan telah meningkat kepada lebih daripada 6 peratus secara puratanya pada setiap tahun. Manakala, populasi hidupan liar juga menyaksikan pemulihan ketara.
Jumlah antelop Tibet telah melonjak kepada 70,000 ekor berbanding hanya 20,000, sekali gus mengubah status daripada ‘terancam kritikal’, kepada ‘hampir terancam’. Pemandangan harimau bintang salju, harimau bintang Amur dan memerang Eurasia yang pada satu ketika dahulu disifatkan sebagai jarang dilihat, kini boleh didapati secara kerap.
Tanggungjawab seorang renjer turut memperlihatkan evolusi dalam perjalanan usaha pemulihan tersebut.
“Dahulu, tugas kami amnya tertumpu kepada menghalang penceroboh dan perlombongan haram. Kini, kamu juga menjejaki petunjuk ekologi dan membantu dengan pendidikan persekitaran awam,” ujar Guo.
Di stesen perlindungan Sonam Dargye, pintu masuk timur ke Hoh Xil, peranan pendidikan jelas dapat dilihat. Setiap tahun, pengunjung dan sukarelawan dari seluruh China datang untuk belajar mengenai kawasan itu.
Pada tahun lalu, stesen itu membuka dewan pameran baharu seluas 300 meter persegi untuk memberi pencerahan kepada pengunjung mengenai geografi, ekologi dan evolusi keinstitusian perlindungan Hoh Xil.
“Setiap petugas di sini juga bertindak sebagai pembimbing,” kata Baier, renjer stesen sambil memberitahu bahawa setiap daripada mereka mahu berkongsikan pengetahuan mengenai Hoh Xil.
Foto memperlihatkan keldai liar Tibet di Hoh Xil, Provinsi Qinghai, barat laut China. (People’s Daily Online/Gan Haiqiong)
Teknologi kini semakin menjadi alat penting dalam tugasnya. Sebuah menara pemantauan setinggi 20 meter kini terletak di sebelah stesen, iaitu menjadi sebagai sebahagian sistem pengawasan yang lebih luas, dan mengirim rakaman langsung kepada ibu pejabat taman itu.
“Ia membuatkan kerja kami menjadi lebih cekap,” ujar Baier lagi.
Sistem pengawasan tersebut adalah sebahagian daripada jaringan pemantauan pintar udara-darat yang sofistikated – menggabungkan data satelit, dron dan penderia tanah.
Sun Lijun, timbalan pengarah Pentadbiran Taman Negara Sanjiangyuan berkata bahawa sistem itu menyediakan maklumat masa nyata dan tepat, yang penting dalam pengurusan ekosistem, melindungi hidupan liar dan membantu tugas rondaan renjer di taman itu.
- China Baik Pulih 3.07 Juta Hektar Padang Rumput Setiap Tahun
- Renjer Hutan Wanita di Gansu Habiskan Lebih 20 Tahun Lindungi Gunung Qilian
- Ahli Sains China Raih Anugerah "Champions of the Earth" 2024 UNEP
- Kadar Liputan Hutan di Beijing Naik ke 44.8 Peratus
- Penanaman Pokok Besarnya Makna: Xi
- Mantap Kempen Penghutanan, Bina China yang Indah: Xi