- Lain-lain
China Bawa Kepastian, Kestabilan Lebih Besar Kepada Ekonomi Global
Kapal-kapal buatan Syarikat Jiling Shipyard of China Merchants Industry Holdings yang bakal dieksport di Nanjing, Provinsi Jiangsu, timur China. (People’s Daily Online/Fang Dongxu)
‘Berdaya tahan’, ‘optimistik’, ‘menggalakkan’ – berikut adalah antara ungkapan yang kerap digunakan oleh analisis media global bagi menggambarkan prestasi ekonomi China untuk suku pertama tahun ini.
Di sebalik gangguan serius terhadap perdagangan global dan sikap pesimis terhadap jangkaan pasaran yang berleluasa, ekonomi China telah mempamerkan permulaan yang gagah pada 2025.
Ia juga berjaya mengekalkan momentum, memberi tanda terhadap komitmennya terhadap pembangunan berkualiti tinggi, sambil menyuntik keyakinan yang sangat diperlukan kepada ekonomi dunia yang sedang dirintangi dengan ketidaktentuan.
Meskipun fahaman perlindungan dan unilateral sedang semakin memuncak di seluruh dunia, ekonomi China terus maju ke hadapan, kekal menjadi enjin penting bagi pertumbuhan global.
Memetik data Biro Statistik Kebangsaan (NBS), KDNK China telah mencapai RMB31.8758 trilion pada suku pertama 2025, iaitu peningkatan sebanyak 5.4 peratus dari tahun ke tahun, dan kenaikan dari suku ke suku sebanyak 1.2 peratus. Secara tidak langsung, ia memperlihatkan daya tahan dan momentum ekonomi China yang kuat.
Untuk rekod, pertumbuhan 5.4 peratus tersebut telah mengatasi pertumbuhan tahunan 2024 yang sebanyak 5 peratus, serta suku pertama 2024 sebanyak 5.3 peratus, yang mengukuhkan kedudukan China sebagai salah satu ekonomi utama yang berprestasi baik.
Bernd Einmeier, Pengerusi Persatuan Jerman-China untuk Ekonomi, Pendidikan dan Kebudayaan berkata bahawa pertumbuhan stabil China di sebalik latar belakang suasana luaran yang kompleks mencerminkan peri penting produk awam global, secara efektif bertindak balas terhadap ketidaktentuan dalam pasaran global.
Dengan berkembang dan mempelbagaikan pasarannya serta memperdalam kerjasama terhadap rantai bekalan dan perindustrian, China bukan sahaja memperkukuh daya tahan ekonominya, malah turut membolehkan rakan dagangnya untuk menuju ke arah pembangunan bersama.
Pada suku pertama tahun ini, jumlah keseluruhan barangan import dan eksport China telah mencapai RMB10.3 trilion, menyaksikan kenaikan sebanyak 1.3 peratus dari tahun ke tahun, dan meletakkan penanda aras baharu untuk tempoh yang sama.
Pada tempoh sama, eksport China ke lebih 170 negara dan wilayah telah merekodkan pertumbuhan, dengan eksport ke pasaran Asia dan Afrika melangkaui kadar kelajuan purata global.
Selain itu, volum perdagangan dengan negara-negara rakan Jalur dan Laluan bertumbuh 2.2 peratus dari tahun ke tahun, sekali gus menyumbang sebanyak 51.1 peratus daripada volum perdagangan keseluruhan China. Eksport barangan sukan ke negara EU dan produk kosmetik ke Asia Tenggara kedua-duanya menyaksikan pertumbuhan dua digit.
Pekerja sedang membuat kamera berkualiti tinggi di sebuah bengkel syarikat teknologi di Suqian, Provinsi Jiangsu, di timur China. (People’s Daily Online/Xu Changliang)
Syarikat perdagangan domestik juga pantas mengadaptasi permintaan antarabangsa yang berevolusi, melancarkan lebih banyak produk trend terkini, inovatif dan berkualiti tinggi, seterusnya memupuk struktur perdagangan yang lebih seimbang dan pelbagai dengan daya tahan yang lebih kuat.
Ekonomi kini sedang cepat beralih ke arah sistem pembuatan pinter, didorong inovasi dan lebih hijau, dengan pemacu pertumbuhan baharu mendapat momentum. Akhbar Perancis, Le Monde menggambarkan Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-137 sebagai ‘barometer’ kepada perdagangan China dengan dunia. Ia menyatakan bahawa pembeli dari seluruh dunia terus mendapatkan barangan dari China, secara tidak langsung menekankan reputasi negara itu sebagai ‘kilang dunia’.
Daripada kelengkapan kecil seperti mesin kopin dan pembersih vakum robotik sehingga peralatan kejuruteraan marin berskala besar, sektor pembuatan China telah mempercepat peralihannya kepada pembuatan mesra alam sekitar, pintar dan maju.
Mendominasi output pembuatan global selama 15 tahun, China telah mengekalkan kedudukannya sebagai penjana pembuatan terbesar dunia menerusi sistem perindustrian berintegrasi penuh dan keupayaan bantuan yang tiada tandingan.
Penganalisis menekankan bahawa kapasiti perindustrian China yang mantap, integrasi rantai bekalan global yang lancar dan peningkatan daya saing teknologi telah menonjolkan daya tahannya di sebalik angin sakal global.
Dengan dasar makroekonomi yang terus mendapat perhatian dan pertumbuhan yang didorong inovasi terus dipercepat, satu model pembangunan baharu yang didorong oleh permintaan dan inovasi domestik kini sedang dibentuk.
Untuk suk pertama tahun ini, jualan runcit barangan pengguna China secara keseluruhannya meningkat sebanyak 4.6 peratus dari tahun ke tahun, menyaksikan kenaikan 1.1 mata peratusan berbanding 2024. Nilai tambahan syarikat pembuatan berteknologi tinggi bertumbuh sebanyak 9.7 peratus, manakala transmisi maklumat, perisian dan sektor perkhidmatan teknologi maklumat berkembang sebanyak 10.3 peratus.
Trajektori menaik ini telah diperkukuh oleh sokongan dasar yang disasarkan dan mempercepatkan inovasi industri.
Sebagai contoh, pelancaran laluan perkapalan terus antara Zhuhai di Provinsi Guangdong di selatan China dan Brazil telah membuka koridor maritim baharu yang menghubungkan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau dengan Pelabuhan Santana di Brazil.
Pelbagai platform e-dagang telah menjanjikan pelaburan untuk membantu perusahaan perdagangan asing meneroka pasaran domestik, manakala rangkaian pasar raya terkemuka telah membuka ‘saluran hijau’ untuk menyelaraskan akses kepada produk eksport premium.
Langkah-langkah tersebut sedikit demi sedikit telah membuka potensi pasaran China bersaiz sangat besar sambil memajukan pembukaan peringkat tinggi, memupuk interaksi positif dan perkongsian pertumbuhan antara China dan dunia.
Kontena dimuatkan dan dipunggah di terminal automatik penuh Pelabuhan Qingdao, Provinsi Shandong di timur China. (People's Daily Online/Zhang Jingang)
Ekonomi China mempunyai asas yang stabil, kekuatan, daya tahan yang luar biasa dan potensi yang luas.
Dengan memberi fokus terhadap kerja-kerja sebaik mungkin, China akan meneruskan pembangunan berkualiti tinggi dan memperluaskan pembukaan peringkat tinggi. Secara tidak langsung, ia akan berkongsi peluang pembangunan dengan dunia dan menyuntik kestabilan dan kepastian yang lebih besar kepada ekonomi global.
- Petunjuk Utama Tekankan Daya Tahan Ekonomi China
- Ekonomi China Mengekalkan Momentum Pemulihan Kuat pada S1 2025
- China Kekal Menarik Bagi Pelabur Amerika
- CEO Siemens: China Ubah Sistem Operasi Ekonomi, Lancarkan 'Kuasa Produktif Berkualiti Baharu'
- Kerajaan Tempatan di China Bentang Projek Utama, Pupuk Pendorong Pertumbuhan Baharu
- Ekonomi China Catat Permulaan Mantap
- Ekonomi China Tunjuk Trend Positif
- Memacu Pembangunan GLC dan Syarikat Swasta - Xi
- Daya Tahan Ekonomi China: Mendepani Cabaran, Maju Penuh Yakin
- Ekonomi 'Three New' China Berkembang Pesat