- Lain-lain
Syria Diharap Kembali Stabil dan Menempuh Jalan Pembangunan Damai -Wakil China
Situasi semasa di Syria sedang berada pada fasa genting. China amat mementingkan perkembangan situasi di Syria, berharap dengan ikhlas agar negara itu mencapai kestabilan secepat mungkin dengan bantuan masyarakat antarabangsa, dan menempuh jalan pembangunan damai. Demikian dinyatakan wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong dalam sidang terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Syria pada 25 April.
Fu berkata, China berharap agar semua pihak yang terlibat mempertimbangkan kepentingan rakyat di negara Syria untuk jangka masa yang panjang, membantu negaranya mencapai perdamaian dalaman melalui dialog dan perundingan, dan menggariskan pelan pembangunan semula yang selaras dengan aspirasi rakyat tempatan. Dalam proses ini, prinsip Resolusi No.2254 Majlis Keselamatan PBB perlu dilaksanakan sepenuhnya, dengan hak semua rakyat Syria dipastikan terjamin.
China menyokong peranan PBB dalam proses peralihan politik di Syria, dan menyeru semua pihak memberikan sokongan jitu kepada Utusan Khas Setiausaha Agung PBB bagi isu Syria, Geir Pedersen menjalankan tugasannya.
- Lima Tahun bagi Tempoh Peralihan Syria
- Pegawai PBB Gesa Semua Pihak Terlibat Konflik Syria Hentikan Permusuhan
- Krisis Kemanusiaan di Barat Laut Syria Berterusan - OCHA
- Kerajaan Peralihan Syria Ambil Alih Kuasa
- UNSC Adakan Mesyuarat Tertutup untuk Bincang Situasi Syria
- Rakyat Syria Boleh Bina Masa Depan yang Stabil dan Aman - Antonio Guterres
- China akan Terus Hulur Bantuan kepada Warga China di Syria
- Rusia, Syria Tubuhkan Pangkalan Tentera Baharu
- Utusan Khas PBB Seru Tingkat Bantuan Kemanusiaan di Syria
- China Bantah Kuasa Luar Jejaskan Ketenteraman Syria