Bina Rumah yang Aman, Selamat, Makmur, Cantik dan Bersahabat

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 28 April 2025

Foto memaparkan Jambatan Cao Lanh di Vietnam yang dibina oleh sebuah syarikat China. (Wu Feng)

Foto memaparkan Jambatan Cao Lanh di Vietnam yang dibina oleh sebuah syarikat China. (Wu Feng)

Pendekatan sesebuah negara dalam berinteraksi dengan jirannya adalah topik utama dalam hubungan antarabangsa. Ia mencerminkan pandangan hidup, persepsi pemerintahan dan nilai sesebuah negara.

Ketika ini, dunia sedang mengalami perubahan pesat yang tidak pernah berlaku dalam tempoh seabad, dan kini berada dalam fasa pergolakan serta transformasi.

Hubungan China dengan negara-negara jiran pada masa ini berada pada tahap terbaik dalam zaman moden, dan turut memasuki fasa kritikal, iaitu apabila dinamik serantau dan transformasi global sedang berjalin secara mendalam. Justeru, satu persoalan turut timbul yakni: Bagaimana China boleh memperkukuh ikatan-ikatan tersebut dan membentuk masa depan serantau yang lebih stabil dengan menambah baik diplomasi kejiranan?

Persidangan pusat terhadap kerja-kerja mengenai negara-negara jiran pada baru-baru ini telah menawarkan hala tuju yang jelas.

Dalam persidangan tersebut, China menekankan tentang peri penting membina komuniti yang berkongsi masa depan dengan negara-negara jiran; membina rumah yang aman, selamat, makmur, cantik dan bersahabat; serta memupuk kejiranan yang bersahabat, terjamin dan makmur yang seiring dengan prinsip persahabatan, kejujuran, saling untuk dan keterangkuman; serta berkongsi masa depan untuk umat manusia.

Ia menekankan tentang pentingnya untuk mengangkat nilai-nilai Asia iaitu keamanan, keterbukaan, keterangkuman, dan menggunakan kerjasama Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi sebagai platform utama, serta mengejar model keselamatan Asia yang menampilkan berkongsi susah dan senang, mencari titik persamaan sambil menyelesaikan perbezaan, serta mengutamakan dialog dan berunding.

Foto dua pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Universiti Xiamen Malaysia yang sedang belajar bersama-sama. (People’s Daily/Huan Xiang)

Foto dua pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Universiti Xiamen Malaysia yang sedang belajar bersama-sama. (People’s Daily/Huan Xiang)

Secara tidak langsung, ia telah menunjukkan komitmen jitu China untuk terus berakar umbi dalam kejiranannya, menyumbang kepada pembangunan, dan bekerja dengan negara-negara jiran untuk membina komuniti yang berkongsi masa depan.

Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Vietnam, Malaysia dan Kemboja mutakhir ini telah memberikan dorongan kuat kepada hubungan China dengan negara-negara tersebut. Xi melihat negara-negara jiran menerusi perspektif global, menyuntik momentum baharu untuk keamanan dan pembangunan buat serantau dan global. Lawatan beliau secara jelas memaparkan prinsip teras yang dikemukakan semasa persidangan pusat terhadap kerja berkaitan negara-negara jiran, sekali gus memperlihatkan langkah konkrit dan inovatif ke arah membina rumah yang aman, selamat, makmur, cantik dan bersahabat.

Rumah yang aman adalah dasar kepada kestabilan dan keselamatan serantau. Masyarakat Asia yang telah melalui penjajahan, perang dan penaklukan sangat menghargai keamanan. Daripada visi keselamatan mampan, kerjasama, komprehensif dan bersama kepada Inisiatif Keselamatan Global, tindak balas cadangan lontaran idea China terhadap trend semasa dan sealiran dengan harapan serantau untuk kerjasama keselamatan yang lebih besar.

China terus komited terhadap pembangunan aman, mengajak ke arah hidup bersama secara aman dan harmoni antara negara, dan menjunjung keutamaan kestabilan dan keamanan. Ia menghormati hak keselamatan semua negara, dan berdiri tegus dengan negara-negara jiran menentang ancaman terhadap keamanan.

Berdasarkan pengalaman sendiri dalam bekerja dengan negara jiran untuk menegakkan keselamatan, pendekatan China membawa bahan segar kepada konsep keselamatan Asia dan menyediakan laluan inovatif ke arah visi keselamatan mampan, kerjasama, komprehensif dan bersama di Asia.

China telah melaksanakan sepenuhnya dan secara berkesan Deklarasi Perilaku Pihak di Laut China Selatan dan secara aktif memajukan perundingan mengenai Tatakelakuan di Laut China Selatan.

Dengan mengurus isu sensitif secara tepat dalam hubungan dengan negara jiran dan menangani kawasan panas serantau, China telah mengambil langkah konkrit untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.

Ketua pasukan kumpulan ketiga pasukan bantuan perubatan tradisional Cina ke Kemboja menyediakan klinik percuma untuk pesakit tempatan. (Foto Li Huiying)

Ketua pasukan kumpulan ketiga pasukan bantuan perubatan tradisional Cina ke Kemboja menyediakan klinik percuma untuk pesakit tempatan. (Foto Li Huiying)

Rumah yang cantik mencipta tanah yang subur untuk meneruskan pemodenan. China komited untuk memupuk kejiranan yang aman, selamat dan makmur selaras dengan prinsip kemesraan, keikhlasan, faedah bersama dan keterangkuman.

Dengan memperluaskan pembukaan peringkat tinggi dan memperdalam kerjasama dengan negara jirannya, China sedang berusaha untuk memastikan pembangunannya sendiri memberikan manfaat serantau yang lebih luas.

Sebagai rakan dagangan utama dan sumber pelaburan utama bagi kebanyakan negara Asia, China sedang memajukan kerjasama Jalur dan Laluan berkualiti tinggi, serta melaksanakan sepenuhnya Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, dan berusaha menjadikan Asia sebagai hab pembangunan global yang rancak.

Rumah yang indah membuka jalan untuk pembangunan mampan. China telah menjadi tuan rumah acara seperti Dialog ASEAN-China mengenai Perubahan Iklim dan Alam Sekitar dan Forum Kerjasama Alam Sekitar ASEAN-China, sambil bekerjasama dengan negara-negara Asia Tengah mengenai pemulihan tanah garam-alkali, pengairan penjimatan air dan makmal pertanian tanah kering.

Bekerjasama dengan negara-negara serantau, China komited untuk menuju ke arah pembangunan hijau, mempercepat perubahan ke arah pertumbuhan rendah karbon, berusaha untuk mengimbangi kemajuan ekonomi dengan pengurangan pelepasan karbon, dan bekerja ke arah masa depan yang menyaksikan perlindungan persekitaran dan kemakmuran dilaksanakan bersama-sama di serata Asia.

Rumah yang bersahabat memperkuat ikatan antara masyarakat. Di Kereta Api China-Laos, penumpang saling merentasi sempadan dengan mudah dan mesra. Di Asia Tengah, lebih daripada sepuluh Institut Confucius telah mengubah pendidikan bahasa Cina kepada jambatan antara budaya.

Menerusi pertukaran yang kerap serta saling menyokong, China dan jiran-jirannya telah membina persahabatan yang mendalam, dan bersama-sama membina rumah yang berkongsi.

Hubungan antara rakyat telah memberi nafas baharu kepada Inisiatif Peradaban Global dan membantu dalam mempromosi nilai-nilai kemanusiaan yang dikongsi bersama iaitu keamanan, pembangunan, keadilan, demokrasi dan kebebasan, sekali gus menyediakan asas kukuh kepada persahabatan yang kekal lama dan saling memahami.

Dipandu oleh visi membina rumah yang aman, selamat, makmur, cantik dan bersahabat, China akan terus mengikuti jalan hubungan kejiranan yang baik, dan kerjasama dengan manfaat dikongsi bersama. Ia akan bekerjasama secara rapat dengan negara-negara jiran untuk membina komuniti yang berkongsi masa depan.

Video

Berita Berkaitan