- Lain-lain
Xi Mahu Semangat dan Usaha Kekal Teguh, Meski Zaman Berubah
Semua rakyat China diseru untuk bersatu padu di bawah kepimpinan Parti Komunis China (PKC) bagi merealisasikan usaha ke arah pembangunan dan modenisasi ala China.
Demikian menurut Presiden China, Xi Jinping pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-100 penubuhan Persekutuan Kesatuan Sekerja Seluruh China dan Majlis Penyampaian Anugerah Peringkat Kebangsaan bagi Pekerja Contoh dan Individu Cemerlang yang berlangsung di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Isnin.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China ketika berucap pada majlis itu berkata meskipun zaman sudah berubah, misi dan tugas juga berbeza, namun beliau berharap semangat, usaha dan perjuangan perlu konsisten.
"Mari kita bersatu padu di bawah kepimpinan Parti, berdedikasi demi merealisasikan wawasan kebangkitan nusa dan bangsa China," tegas beliau lagi.
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Disiarkan di Kemboja
- Xi: Percepat Pembinaan Negara Kuat dari Aspek Budaya
- Malaysia Madani Selari Dasar Pentadbiran Xi - PM Anwar
- Anwar Puji Usaha Xi Martabatkan Warisan Budaya dalam Pentadbiran Negara
- “Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping” Cerminan Komitmen China Kepada Dunia
- "Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping" Dapat Respons Positif Penonton Malaysia
- Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' Bersiaran di Malaysia Mulai Isnin
- Petikan Wacana Xi Jinping Mengenai Modenisasi Ala China Versi Bahasa Sepanyol Diterbitkan
- Modenisasi ala China Rujukan bagi Pembangunan Negara Lain - Duta Besar Laos
- Program 'Kupasan Bersiri Pemikiran Ekonomi Xi Jinping' Bersiaran Malam Ini