- Lain-lain
Forum Kerjasama Inovasi Perubatan Antarabangsa 2025 Buka Tirai
Majlis perasmian forum. Foto oleh Yan Lizheng/People’s Daily Online
Forum Kerjasama Inovasi Perubatan Antarabangsa 2025 telah membuka tirai di bandar Fangchenggang, wilayah Guangxi, pada 29 April.
Difahamkan, forum ini bertujuan untuk memperdalam usaha sama inovasi perubatan antara negara-negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), anggota ASEAN serta para peserta Inisiatif Jalur dan Laluan.
China memandang forum ini sebagai satu peluang, berpegang pada semangat inovasi dan perkongsian, dan bersedia untuk terus-menerus memperbaiki mekanisme baharu kerjasama inovasi perubatan antarabangsa.
China akan mengutamakan perkembangan secara kolaboratif dan memfokuskan pembangunan sebuah zon ujian terbuka bertaraf tinggi; menekankan pewarisan dan pembangunan, secara efektif memperkukuh sinergi dalam bidang perubatan tradisional; memastikan keuntungan bersama sambil menggalakkan pembinaan sebuah komuniti kesihatan sesama umat manusia.
Lebih daripada 400 tetamu hadir, termasuk pemimpin dan pegawai dari negara SCO. Forum ini, dengan tema “Perkongsian Inovasi Perubatan, Pembangunan Sihat dan Mampan” turut memperkenalkan Inisiatif Forum Kerjasama Inovasi Perubatan Antarabangsa 2025.