- Lain-lain
Sidang Kemuncak Digital China ke-8 Labuh Tirai (2)
Sidang Kemuncak Digital China (DCS) edisi kelapan menutup tirainya di Fuzhou, provinsi Fujian pada Ahad, menyaksikan sebanyak 455 projek ekonomi digital melibatkan pelaburan bernilai 228 bilion yuan (RM131.5 bilion) berjaya ditandatangani.
Dua angka itu masing-masing meningkat 8 peratus dan 12 peratus berbanding edisi lalu.
Projek berkenaan merangkumi pelbagai sektor antaranya termasuk kecerdasan buatan (AI) generasi baharu, robot, infrastruktur kuasa pengiraan dan perubatan melalui internet.
DCS edisi kali ini menarik penyertaan seramai 360,000 peserta dan pelawat sekali gus mencipta rekod baharu.
Dalam pada itu, nisbah peserta dari kalangan industri korporat meningkat kepada 70 peratus.
Lebih 40 forum serta aktiviti dialog dan pertukaran dianjurkan sebagai pengisian DCS.
Sidang kemuncak itu juga menyaksikan sistem indeks pembangunan digital China dan laporan perkembangan unicorn ekonomi digital disiarkan buat julung kalinya.
Sebanyak 100 program interaktif berkaitan teknologi digital ditawarkan di ruang khusus seluas 56,000 meter persegi, selain zon ekonomi altitud rendah disediakan buat pertama kalinya.