Bank Pusat China Pertingkat Kawalan Makro, Mantapkan Pasaran

(CRI)Rabu 07 Mei 2025

Bank Rakyat China (PBC) pada Rabu mengumumkan pakej dasar kewangan yang komprehensif bagi menstabilkan pasaran domestik.

Menurut PBC, nisbah keperluan rizab berkanun akan dikurangkan sebanyak 0.5 mata peratusan.

Langkah tersebut dijangka dapat menyediakan sekitar satu trilion yuan (RM580.74 bilion) dalam kecairan jangka panjang kepada pasaran kewangan.

Bank pusat itu turut mengesahkan bahawa kadar dasar akan dikurangkan sebanyak 0.1 mata peratusan.

Antara insentif lain termasuk kadar faedah pinjaman dana simpanan perumahan individu akan berkurangan sebanyak 0.25 mata peratusan.

Video

Berita Berkaitan