Institusi Kewangan Antarabangsa Optimistik Terhadap Pasaran China

(CRI)Rabu 13 Mac 2024

Institusi kewangan antarabangsa menzahirkan keyakinan terhadap siri langkah bagi menyokong perkembangan ekonomi yang diperkenalkan China baru-baru ini, dan menganggap dasar berkenaan akan melakar hasil positif.

Akhbar 'Australian Financial Review' memetik pandangan pengurus firma Muzinich & Co Amerika Syarikat, Mel Siew bahawa pertumbuhan ekonomi China boleh mencipta peluang kepada syarikat pelbagai sektor termasuk teknologi, katering, jualan runcit dan perkhidmatan komersial untuk memperoleh keuntungan.

Mel Siew yakin pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar kira-kira lima peratus yang disasarkan China tahun ini dapat diwujudkan, dan ia tetap antara yang paling pesat di lingkungan sejagat.

Beliau juga optimistik terhadap perkembangan industri kenderaan elektrik China, yang didukung beberapa faktor termasuk rantaian bekalan standard, permintaan pasaran dan insentif kerajaan.

Agensi berita Bloomberg melaporkan JPMorgan Chase & Co akan mengambil lebih ramai staf untuk pengurusan asetnya di China.

Ketua Pengurusan Aset JP Morgan di China, Wang Qionghui berkata sektor dana bersama China kekal pasaran bertumbuh yang tidak dapat diganti bagi syarikat pengurusan aset global.

Dilaporkan, sebanyak sembilan syarikat asing telah memperoleh permit untuk menjalankan urus niaga berkaitan dana milik penuh di China.

Sementara itu, sekurang-kurangnya lima institusi asing bekerjasama dengan rakan kongsi mereka di China untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan.

Video

Berita Berkaitan