Xi, Putin Adakan Rundingan
Presiden China Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Rusia Vladimir Putin di Istana Kremlin di Moscow pada Khamis.
Pemimpin kedua-dua negara sepakat untuk memperkasa penyelarasan strategik dan mendorong perkembangan hubungan dua hala yang mampan, sihat dan bertaraf tinggi.
Mereka juga komited bersama-sama menegakkan perspektif yang betul terhadap sejarah Perang Dunia II, di samping memelihara kewibawaan dan status Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta keadilan antarabangsa.
Selepas rundingan itu, Xi dan Putin telah menandatangani kenyataan bersama mengenai pemerkasaan perkongsian koordinasi strategik komprehensif China-Rusia pada era baharu.
Pemimpin kedua-dua negara juga menyaksikan pertukaran lebih 20 dokumen kerjasama bilateral melibatkan kestabilan strategik global, pemeliharaan kewibawaan undang-undang antarabangsa, keselamatan biologi, perlindungan pelaburan, ekonomi digital, kuarantin, perfileman dan sebagainya.
Mereka turut bersama-sama menghadiri sesi berjumpa wartawan.