Barangan Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-12 dari China Tiba di Myanmar

(CRI)Jumaat 09 Mei 2025

Barangan bantuan kemanusiaan kecemasan kumpulan ke-12 dari kerajaan China untuk mangsa gempa bumi telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, Myanmar pada Rabu.

Kaunselor di Kedutaan China di Myanmar, Ouyang Daobing dan Ketua Menteri Wilayah Yangon, U Soe Thein menghadiri majlis penyerahan barang bantuan yang diadakan pada Khamis.

Barang bantuan kumpulan ini adalah berbentuk petrol sebanyak 17,000 tan. 

Setakat Rabu, gempa bumi kuat yang melanda Myanmar pada 28 Mac itu telah mengakibatkan kira-kira 3,800 orang maut dan lebih 5,100 orang lagi cedera.

Video

Berita Berkaitan