- Lain-lain
Golongan Muda Balik Kampung Halaman, Pacu Pembangunan Luar Bandar
Usaha menghidupkan semula kawasan luar bandar bukan sekadar tanggungjawab bagi golongan muda, malah turut merupakan satu peluang buat mereka.
Dengan mempromosi produk pertanian seperti video pendek, memelihara kerja tangan tradisional, dan memajukan pertanian moden, golongan muda memperlihatkan minat mendalam terhadap pembangunan luar bandar, dan mendapatkan kemahiran untuk menyumbang ke arah itu.
Golongan muda tersebut kini menjadi kuasa penting dalam mendorong kemajuan luar bandar.
Li Qiang sedang memeriksa beg yang mengandungi kulat yang bertumbuh di dalam sebuah rumah hijau kulat hitam di kampung Jiandong, pekan Funing, bandar Suifenhe, Provinsi Heilongjiang, di timur laut China. (Foto oleh Zhang Chao)
Li Wian, 33, merupakan seorang petani kulat hitam (cendawan telinga kayu) di kampung Jiandong, pekan Funing, bandar Suifenhe, Provinsi Heilongjiang, di timur laut China. Pangkalan penanaman dia dilengkapi dengan penderiaan kelembapan dan suhu, serta monitor yang menerima data meteorologi, yang kesemuanya dikendalikan menerusi telefon pintar.
Selepas menamatkan pelajar dari kolej pada lapan tahun yang lalu, dia mengorbankan peluang kerjaya di bandar, dan membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman bagi mengusahakan kulat hitam.
Pada sebelah siang, dia akan mempelajari teknik-teknik daripada petani yang berpengalaman, manakala pada sebelah malam pula dia akan menonton video pendek untuk mendapatkan lebih banyak lagi ilmu pertanian. Pada satu hari, sebuah video tentang pertanian yang dibantu oleh internet kebendaan (IoT) telah menginspirasikan dia untuk mendekati transformasi digital dalam pemupukan kulat hitam.
Li melawat Akademi Sains Pertanian Heilongjiang dan Universiti Perhutanan Timur Laut untuk mendapat panduan oleh pakar dan melabur dana sendiri untuk membeli penderia bagi tujuan eksperimen.
Semasa jerembak sejuk hujung musim bunga, teknologi pintar berasaskan penderia yang dipasang itu telah mengesan suhu yang rendah, seterusnya mengaktifkan sistem pemanas rumah hijau pintarnya secara automatik, sekali gus menyelamatkan semua bag kulat di situ, manakala rumah-rumah hijau tradisional pula mengalami kerugian 30 peratus.
Pada 2022, Li memperkenal dan mempromosi pemupukan kulat hitam yang diperkayakan dengan selenium. Ketika musim menuai, kulat hitam jenis itu mengandungi selenium sebanyak tiga kali ganda berbanding varieti jenis biasa, sekali gus mendorong kepada premium harga sebanyak 20 peratus.
Hari ini, pangkalan penanaman Li telah membantu dalam meningkatkan pendapatan sebanyak 33 isi rumah di kejiranan secara puratanya sebanyak RMB42,000 (AS$5,819.55).
Shen Zhidan (tengah) sedang mengopek benih teratai dengan penduduk kampung di bandar Wuyishan, Provinsi Fujian di tenggara China. (Foto fail)
Dilahirkan selepas 1985 di bandar Wuyishan, Provinsi Fujian di tenggara China, Shen Zhidan yang juga seorang pembuat vlog telak aktif mempromosi produk keistimewaan dari kampung halamannya menerusi video.
Pada awal 2018, Shen telah pulang ke kampung halamannya di perbandaran Yangzhuang dan mula berkongsikan kehidupan luar bandarnya pada platform video pendek.
“Pada mulanya, saya hanya mahu (membuat video) tentang pemandangan, makanan tempatan dan kehidupan harian,” kongsi Shen. Tanpa disangka-sangka, usaha wanita itu mempamerkan kehidupan luar bandar secara tulen telah menangkap perhatian yang luas, sekali gus menonjolkan produk-produk istimewa dari kampung halamannya.
“Saya tidak pernah menyangka bahawa dengan menghasilkan video akan membantu dalam menjual produk tempatan,” ujarnya. Shen kemudian membeli kerepek kentang manis, dadih kacang yang ditapai, sos cili, teh dan produk-produk lain oleh petani tempatan, serta memaparkan proses pengeluaran yang lengkap dalam videonya.
Selepas membentuk pasukan profesional pada penghujung 2020 dan menubuhkan jenama makanan dan teh pada 2021, Shen kemudian melabur untuk membina fasiliti pemprosesan produk pertanian yang standard, dan secara aktif berkolaborasi dengan pihak luar bandar, yang menguruskan penanaman, pembenihan, pemerolehan dan pemprosesan mengikut syarat-syarat yang spesifik.
“Baru-baru ini, kami menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan institut penyelidikan Akademi Sains Pertanian Fujian untuk mengukuhkan kawalan kualiti sepanjang proses pengeluaran dan menjamin kualiti produk,” kata Shen.
Pada masa ini, Shen dan pasukannya telah melancarkan lebih daripada 50 produk pertanian khusus. Tahun ini, dia mula mengedarkan anak benih ubi keledek dan anak ayam angsa kepada petani sekitar secara percuma, sambil komited untuk membeli produk mereka pada harga di atas pasaran.
“Kilang pemprosesan angsa kami yang baru dibina akan memulakan pengeluaran, dengan jangkaan pengeluaran tahunan sebanyak 200,000 angsa,” kata Shen.
Sepanjang tiga tahun lalu, pasukan Shen telah mencapai peningkatan 300 peratus dalam jualan jenama, sambil membantu lebih ramai penduduk kampung meningkatkan pendapatan.
Shen juga telah dijemput untuk menjalankan latihan kebajikan awam untuk penstriman langsung luar bandar di pelbagai kawasan, dan telah melatih kira-kira 1,000 individu.
Yukangkan sedang mempamerkan sekeping kertas Dai buatan tangan di kampung Manzhao, kaunti Menghai, Kawasan Autonomi Dai Xishuangbanna, Provinsi Yunnan di barat daya China. (Foto fail)
Di sebuah pangkalan lawatan pendidikan di kampung Manzhao, kaunti Menghai, Kawasan Autonomi Dai Xishuangbanna, Provinsi Yunnan di barat daya China, lebih daripada 10 pejalar sekolah rendah telah berkumpul mengelilingi Yukangkan, seorang pewaris kraf pembuatan kertas pasca 90-an, untuk memerhati proses tersebut dengan penuh sifat ingin tahu.
Seni membuat kertas Dai mempunyai sejarah lebih daripada 800 tahun di kampung itu. Ayahnya merupakan pewaris peringkat provinsi untuk kraf tradisional tersebut.
Pada 2020, Yukangkan telah pulang ke kampung Manzhao dan menubuhkan sebuah syarikat, dengan sasaran untuk menghidupkan semula ketukangan tradisional.
“Kami beli peralatan bukan untuk menggantikan kerja-kerja fizikal, tetapi untuk mengatasi kekurangan teknik tradisional. Terdahulu, kertas Dai mempunyai warna yang terhad, tetapi kini ia boleh menghasilkan corak yang unik pada kertas dengan menambah pewarna semula jadi dan ranggi bunga segar, serta menggunakan penanda laser dan teknologi cop emas,” ujarnya.
Di bawah kepimpinan Yukangkan, kampung itu telah membangunkan lebih daripada 60 produk termasuk kertas pembungkus, tas tangan, kotak hadiah, kipas dan lukisan hiasan, sekali gus membuka lembaran baharu bagi kraf pembuatan kertas Dai yang tradisional itu.
Pada dua tahun terakhir ini, penghasilan kertas Dai di kampung itu secara puratanya telah melebihi 10 juta helai, dengan pendapatan tahunan penduduk kampung melebihi RMB10 juta.
- China Bentang Langkah Komprehensif, Pupuk Bakat Saintifik Golongan Muda
- Golongan Muda Jadikan Hobi Sebagai Bisnes
- Kamera CCD Retro Cara Terkini Muda-mudi di China Rakam Hidup
- Xi Galak Golongan Belia Libatkan Diri dalam Inovasi Sains dan Teknologi
- Xi Pesan Pegawai Muda Galas Tugas dalam Perjalanan Baharu
- Aktiviti Hari Pekerja Sains dan Teknologi Muda China Keempat Diadakan di Beijing
- Teh Dididih atas Dapur, Kegemaran Terkini Golongan Muda China
- Xi Galakkan Pekerja Muda AVIC Menyumbang kepada Perkembangan Industri Penerbangan
- Golongan Muda Sambut Baik Konsep Pembangunan China yang Berpaksikan Rakyat - Tinjauan