China Keluarkan Kertas Putih mengenai Keselamatan Negara

(CRI)Selasa 13 Mei 2025

Pejabat Penerangan Dewan Negara China menyiarkan kertas putih yang berjudul "Keselamatan Negara China Pada Era Baharu" pada hari Isnin untuk membentangkan secara komprehensif mengenai konsep inovatif, praktik, pencapaian dan gerak kerja dalam bidang keselamatan negara, dan memberi pendedahan kepada masyarakat antarabangsa tentang visi dan misi China yang terbabit.

Kertas putih itu terdiri daripada enam bahagian, iaitu China menyuntik kepastian dan kestabilan ke dalam landskap dunia yang bergelut dalam pergolakan pada zaman pasca normal ini; pelan induk keselamatan negara hala tuju pada era baharu; sokongan kukuh untuk pembangunan modenisasi ala China yang mantap; memperhebat keselamatan dalam pembangunan sedangkan memacu pembangunan dengan jaminan keselamatan; melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global dan menggalakkan keselamatan bersama dunia; serta mendorong pemodenan sistem dan peningkatan keupayaan melalui pembaharuan.

Menurut kertas putih itu, Inisiatif Keselamatan Global bukan sahaja mempertunjukkan pandangan keselamatan dalam konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan, dan juga mencerminkan citra China dalam senario global.

China giat menyelaraskan hal-ehwal keselamatan negara yang melibatkan kepentingan bersama di peringkat global, mencadangkan pengukuhan tadbir urus keselamatan global, mengamalkan konsep tadbir urus global yang berteraskan "berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi", menegakkan amalan multilateralisme yang sebenar, dan menggalakkan revolusi sistem tadbir urus keselamatan global ke arah lebih adil dan saksama.

Video

Berita Berkaitan