- Lain-lain
China Seru Kerjasama Pendidikan Digital Antarabangsa
China menyeru untuk memperkasakan kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan digital.
Demikian kata Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang semasa berucap merasmikan Persidangan Pendidikan Digital Dunia 2025 di bandar Wuhan provinsi Hubei pada Rabu.
Ding berkata, penerapan teknologi digital dalam pendidikan menerusi pelbagai dimensi sudah menjadi sangat popular.
"Dengan ini, pelaksanaan Global Digital Compact perlu dipercepatkan bagi mewujudkan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya.
Ding juga mencadangkan usaha bersama antarabangsa bagi membentuk sistem kerjasama yang terbuka dan bertaraf tinggi dalam bidang pendidikan digital, menggalakkan pembaharuan dalam bidang pendidikan melalui penerapan teknologi digital, menyediakan lebih banyak perkhidmatan dan produk pendidikan digital bagi memenuhi keperluan yang berbeza.
"Kerjasama juga diperlukan untuk meningkatkan kerelevanan dalam berkongsi hasil yang dibuahkan dalam pendidikan digital, selain memastikan keselamatan pendidikan digital terjamin dari segi tata susila bagi mewujudkan perkembangan yang teratur dan memenuhi kriteria," katanya.
Majlis perasmian Persidangan Pendidikan Digital Dunia 2025 yang bertemakan "Education Development and Transformation: The Era of Intelligence" diserikan dengan kehadiran lebih 600 peserta, termasuk pegawai kerajaan dari dalam dan luar negeri, pegawai pertubuhan antarabangsa berkenaan, perwakilan dari universiti, sekolah rendah dan menengah serta pakar dan sarjana.