Pegawai Tertinggi China, Perancis dalam bidang Ekonomi Bincang Kerjasama

(CRI)Jumaat 16 Mei 2025

Dialog Ekonomi dan Kewangan Peringkat Tinggi China-Perancis Ke-10 telah diadakan di Paris, Perancis semalam. Dialog kali ini dipengerusikan bersama-sama oleh Naib Perdana Menteri selaku ketua delegasi China, He Lifeng dan Menteri Ekonomi, Kewangan, Industri serta Kedaulatan Pendigitalan selaku ketua delegasi Perancis, Eric Lombard.

He berkata, China bersedia bersama-sama Perancis untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, meningkatkan penyelarasan dalam menangani hal ehwal antarabangsa multilateral, mencetuskan fenomena yang terbuka dan kerjasama dalam landskap ekonomi dan perdagangan di peringkat global, menambah elemen baharu ke kerjasama ekonomi dan kewangan dua hala, meneroka potensi kerjasama yang saling menguntungkan serta berusaha membina hubungan perdagangan dan pelaburan yang baik yang boleh menyuntik tenaga baharu kepada pembangunan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Perancis, malah mendorong kerjasama China-Eropah mencapai kemajuan baharu.

Eric Lombard pula menyatakan bahawa Perancis mengambil berat terhadap hubungan dengan China dan bersedia bersama-sama China untuk menghadapi cabaran global seperti perubahan iklim, menyokong amalan multilateralisme dan perdagangan bebas.

Menurut Eric Lombard, Perancis akan terus menyediakan produk berkualiti tinggi kepada kalangan pengguna China, di samping memberi layanan yang lebih baik untuk menarik lebih banyak syarikat China melabur dan beroperasi di negaranya, sekali gus mencapai lebih banyak hasil yang proaktif dalam kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Selain itu, kedua-dua pihak juga melakukan perbincangan yang mendalam melibatkan pelbagai topik dan menandatangani dokumen kerjasama China-Perancis tentang produk daging unggas, telur tetas dan unggas bibit.

Video

Berita Berkaitan