- Lain-lain
Ke Arah Masa Depan yang Lebih Cerah Untuk Kewujudan Bersama Manusia-Robot
Pada 19 April 2025, separa maraton robot manusia Beijing telah dimulakan, sekali gus menandakan robot dan manusia buat julung-julung kalinya berlari di sepanjang laluan yang sama, tetapi pada trek yang berasingan. (People’s Daily Online/Feng Junshan)
Baru-baru ini, Beijing telah menganjurkan separa maraton robot manusia yang pertama di dunia, menyaksikan 20 robot manusia bersaing sebelah-menyebelah dengan atlet manusia, sekali gus menarik perhatian global.
Difahamkan, acara tersebut merupakan ujian tekanan ekstrim buat robotik manusia China. Di sepanjang laluan sejauh 21 kilometer, setiap robot akan melakukan sekitar 250,000 pergerakan sendi, serta menterjemahkan maklumat kritikal kepada kecekapan tenaga, pengurusan haba dan algoritma gerakan.
Meskipun banyak robot menunjukkan ketidaksempurnaan dalam pergerakan, cabaran yang terdedah kepada perlumbaan ini akan berfungsi sebagai pad pelancaran untuk menjadikan teknologi lebih baik.
Pada skala yang lebih luas, robot manusia, yang mewakili penumpuan kecerdasan buatan dan robotik maju, menghadapi maraton yang jauh lebih penting, iaitu untuk menyesuaikan diri dengan keperluan masyarakat dan menyumbang kepada tamadun manusia.
Aplikasi baru muncul sudah membayangkan potensi transformatif. Robot Navigator 2.0, yang dibangunkan oleh pusat inovasi robot humanoid Zhejiang, memperlihatkan keupayaan perbualan dan manipulasi objek. Dalam tetapan industri, robot manusia sedang disepadukan ke dalam aliran kerja sebagai perantis.
Penggunaan awal ini menunjukkan potensi impak transformatif merentas pelbagai domain produktiviti. Walaupun agak sedikit lewat muncul dalam bidang ini, China mempunyai kelebihan tersendiri untuk kepimpinan dan ia berpunca daripada sistem perindustrian negara yang lengkap.
Robot bermain bola sepak semasa pelancaran Sukan Robot Pintar Terkandung yang diadakan di Wuxi, Provinsi Jiangsu, timur China pada 25 April 2025. (People’s Daily Online/Pan Zhengguang)
Sebuah robot yang terdiri lebih daripada 100 komponen, dan rantai pembuatan komprehensif China membolehkan penyelarasan yang cekap antara penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran.
Untuk rekod, China memiliki lebih daripada 190,000 paten robotik aktif, meliput kira-kira dua pertiga daripada jumlah global, selain turut mempunyai satu pertiga daripada perusahaan robotik manusia 100 teratas di dunia.
Inovasi kolaboratif dalam kalangan institut penyelidikan, syarikat pemula teknologi dan gergasi pengeluar dilihat telah memupuk penemuan baharu teknologi dan laluan pembangunan yang pelbagai.
Sumur sumber manusia yang besar juga menyediakan momentum mampan untuk kemajuan.
Dengan terdapatnya lebih satu pertiga daripada STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) global, China berjaya mengekalkan asas kejuruteraan yang kuat, yang mampu menangani isu cerutan teknikal, sambil menambah baik kecekapan kos.
Pasaran domestik juga berfungsi sebagai enjin pertumbuhan yang penting.
Pasaran robot humanoid China diunjurkan akan mencecah angka RMB5.3 bilion (AS$738.1 juta) tahun ini, dengan pertumbuhan tahunan dua kali ganda. Senario dunia sebenar yang kompleks, daripada barisan pemasangan dan panduan muzium kepada bantuan rumah dan penyelesaian isu grid kuasa, dilihat telah memupuk kematangan teknologi yang pantas.
Kemajuan kecerdasan yang terkandung, terutamanya robotik humanoid, memerlukan tindakan yang diselaraskan antara kerajaan dan industri.
Beijing, Shanghai dan Shenzhen telah melaksanakan dasar perindustrian yang bersasar. Panduan dasar yang dipertingkatkan, kerjasama merentas sektor dan penggunaan robotik yang diperluaskan akan mengukuhkan keupayaan inovasi dan ekosistem produk China.
Seorang wanita bergambar dengan robot humanoid dalam misi rondaan di Mianyang, wilayah Sichuan barat daya China, 27 April 2025. (People's Daily Online/Tang Chao)
Lebih 80 tahun yang lalu, penulis fiksyen sains Isaac Asimov mencadangkan "Tiga Undang-undang Robotik" -- robot tidak boleh mencederakan manusia, mesti mematuhi arahan yang manusia kecuali arahan bercanggah dengan Undang-undang Pertama, serta mesti melindungi kewujudannya sendiri selagi perlindungan tersebut tidak bercanggah dengan Undang-undang Pertama atau Kedua.
Apabila teknologi terus berinovasi dan berkembang, senario fiksyen sains semakin menjadi realiti, dan pemahaman awam tentang robot manusia terus mendalam.
Dengan mencipta produk robot manusia yang lebih pintar dan mengembangkan ruang etika untuk kewujudan bersama manusia-mesin, manusia pasti akan menuju ke arah masa depan yang lebih cerah dalam maraton ‘manusia-robot’ yang berterusan ini.
- Pertandingan Peringkat Wilayah RoboMaster 2025 Buka Tirai di Changsha
- Beijing Jadi Tuan Rumah Sukan Robot Manusia Pertama di Dunia
- Robot Manusia Sertai Larian Separa Maraton Pertama di Dunia di Beijing
- Robot, Manusia Berluma dalam Separuh Maraton di Beijing
- Robot Penyelamat, Pengalih Kecemasan Pertama Dunia Diperkenal, Operasi Pada Suhu -20 ke 55 Darjah Celsius
- Peranti ‘Robot Pembantu Berjalan’ Sasar Pasaran Warga Emas
- China Perkenal Robot Perlombongan Angkasa Lepas Pertama
- Anjing Robot Dikuasakan AI, Ambil Alih Tugas Pemeriksaan di Pangkalan Sayuran
- Robot Manusia Berjaya Lakukan Aksi ‘Front Flip’
- Robot Manusia China Ambil Alih Kerja Kilang, Rumah, Separa Maraton