- Lain-lain
Mawar Mekar di Gurun di Xinjiang
Baru-baru ini, 100,000 bunga mawar mekar penuh di Gurun Taklamakan, wilayah autonomi Xinjiang, barat laut China.
Difahamkan, padang mawar itu terletak di kaunti Keriya dan ditanam pada 28 Disember tahun lalu sebagai langkah terakhir dalam usaha melawan penggurunan di kawasan pinggir Taklamakan.
“Kebanyakan orang mungkin berfikir mawar itu untuk diletakkan dalam pasu sebagai hiasan, namun mawar adalah ‘wira’ dalam menstabilkan pasir di tempat kami,” kata Maitusun Yibulayimu, penduduk tempatan.
Mawar berperanan penting dalam memerangi penggurunan kerana ia dapat menghalangi serangan angin dan pasir dengan akar yang padat dan rumit.
Berkeluasan 337,600 kilometer persegi, Gurun Taklamakan merupakan gurun bergerak kedua terbesar di dunia, dan dikenali sebagai “Lautan Kematian” tanpa tumbuhan hidup kerana kekurangan hujan.
Langkah menanam tumbuhan di pinggir gurun itu adalah untuk “mengunci” tepi gurun bagi mencegah pencerobohan angin dan pasir terhadap oasis.
Penduduk kaunti Keriya menanam mawar pada 28 Disember 2024. (Foto/Xu Xiaolong)
- Pengubahsuaian Stesen Kereta Api Timur Hami Dimulakan
- Xinjiang Kembangkan Infrastruktur Sukan Dengan 88,800 Venue Menjelang 2024
- Bunga Mawar di Xinjiang Jadi Benteng Pasir, Lonjak Mata Pencarian
- Tasik Ulungur di Xinjiang Mula Nyahsejuk Beku
- Saintis Sumbang Transformasi Gurun Kepada Oasis, Dorong Ekonomi Luar Bandar di Xinjiang
- Anak Gembala Capai Impian Jadi Juruterbang
- Tular! Klip Pertunjukan Kostum Pemudi Xinjiang
- Laluan Penerbangan Pengangkutan Kargo Urumqi-Islamabad Mula Beroperasi
- Xinjiang Buka Laluan Penerbangan Berjadual Pertama ke Malaysia
- Xinjiang Buka Penerbangan Antarabangsa ke Malaysia