Cuti Perahu Naga: China Jangka Lonjakan 12 Peratus Perjalanan Rentas Sempadan

Pentadbiran Imigresen Kebangsaan China hari ini mengunjurkan kenaikan sebanyak 12.2 peratus dari tahun ke tahun dalam keluar dan masuk sempadan semasa tempoh percutian sempena Pesta Perahu Naga.

Memetik laporan agensi berita Xinhua tersebut, secara puratanya, sekitar 2.15 juta perjalanan harian rentas sempadan bakal direkodkan di seluruh negara, dengan kemuncaknya pada 1 Jun.

Pesta Perahu Naga yang turut dikenali sebagai Pesta Duanwu, dijadualkan jatuh pada hari kelima pada bulan kelima dalam kalendar lunar China. Pada tahun ini, ia diraikan pada 31 Mei, dan tempoh percutian akan bermula dari 31 Mei hingga 2 Jun.

Video

Berita Berkaitan