Gencatan Senjata di Gaza Perlu Disegerakan: Duta China

(CRI)Khamis 29 Mei 2025

Israel mesti menghentikan segala tindakan ketenteraan serta-merta dan gencatan senjata yang berkekalan perlu disegerakan di Gaza.

Perkara itu ditegaskan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong ketika berucap pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung isu Palestin-Israel pada Rabu.

Duta China itu mendesak Israel menghapuskan sekatan dan memulihkan secara menyeluruh akses bekalan kemanusiaan ke Gaza, di samping menyokong program bantuan yang dilaksanakan institusi kemanusiaan antarabangsa.

Menurut beliau, kawasan Gaza dan Tebing Barat Sungai Jordan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari negara Palestin.

Fu turut menyeru supaya masyarakat antarabangsa tegas menentang cubaan merampas kedua-dua kawasan itu selain pemindahan secara paksa ke atas penduduk Gaza.

Video

Berita Berkaitan