Labubu, Patung Mainan Sensasi China, Dahului Gelombang Eksport Budaya Pop

Siri The Monsters dipamerkan pada Pesta Industri Kebudayaan Antarabangsa (Shenzhen) China ke-21. (China News Service/Cai Minjie)

Siri The Monsters dipamerkan pada Pesta Industri Kebudayaan Antarabangsa (Shenzhen) China ke-21. (China News Service/Cai Minjie)

Mainan koleksi Pop Mart, Labubu telah menjadi sensasi global, yang menyaksikan ramai orang menyertai barisan panjang di Bangkok untuk beratur membeli, menarik ramai peminat selebriti di negara Barat dan menghantar aplikasi syarikat itu ke tangga pertama dalam carta beli-belah App Store Amerika Syarikat (AS).

Orang halus berbulu bergigi sembilan yang dicipta oleh pembuat mainan China, Pop Mart telah menjadi penanda aras bagi budaya pop China yang memasuki pasaran luar negara.

Pada suku pertama 2025, pendapatan Pop Mart di AS melonjak hampir sembilan kali ganda daripada tahun sebelumnya; Jualan Eropah meningkat kira-kira enam kali ganda.

Pada Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa China (Shenzhen) baru-baru ini, IP Pop Mart, termasuk The Monsters, menarik ramai orang yang tidak sabar-sabar untuk bergambar dan interaksi.

Pop Mart, pengeluar terkemuka mainan yang bergaya, iaitu patung-patung koleksi yang sering disasarkan kepada orang dewasa dan dijual dalam kotak buta, dilihat agak berbeza berbanding syarikat mainan tradisional, yang amnya memasarkan alat permainan untuk kanak-kanak.

Pembuat mainan yang bergaya menumpukan pada membina pengalaman sosial dan budaya pemberian hadiah, bertujuan untuk menjalin hubungan emosi yang lebih kukuh antara produk dan pengguna mereka.

Li Yongjian, pengarah Akademi Strategi Ekonomi Kebangsaan di Akademi Sains Sosial China, meramalkan pasaran mainan bergaya China akan mencecah RMB100 bilion yuan (AS$13.8 bilion) menjelang 2026.

Seorang pelanggan mengambil swafoto dengan sebuah patung di kedai Pop Mart di Bangkok. (Foto oleh Xinhua)

Seorang pelanggan mengambil swafoto dengan sebuah patung di kedai Pop Mart di Bangkok. (Foto oleh Xinhua)

Bagi Wang Xinming, pemilik harta intelektual (IP) Molly, produk popular Pop Mart yang membawa simbol keberanian dan kejayaan. Beliau berharap agar karakter tersebut dapat menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk mendepani cabaran dengan penuh tekad dan mengatasi rintangan.

Wang turut kekal optimistik terhadap masa depan industri tersebut, dengan menyebut bahawa pereka bentuk muda mampu mempromosi kerja inovatif menerusi pameran.

Rangkaian GG Bond yang berusia 20 tahun itu turut menarik perhatian pada pameran itu dengan kotak butanya dan kedai timbul.

“(Usaha) menghasilkan IP yang berjaya tidak terjadi dalam semalaman. Ia memerlukan inovasi kandungan yang berterusan dan operasi pasaran yang tepat,” ujar Yan Bing, naib presiden Winsing Animation, syarikat di sebalik GG Bond.

Tambah Yan, syarikat itu menyasarkan untuk menggambarkan semula karakter klasik buat generasi yang lebih muda, dan membawa cerita China kepada pasaran global.

Liu Pingyun, ketua eksekutif pasukan reka bentuk di sebalik Bing Dwen Dwen, iaitu maskot Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 berkata bahawa pereka bentuk industri permainan China perlu terus menambah baik pembangunan dan penyelidikan, pengeluaran, dan jualan, dengan penekanan terhadap reka bentuk kontemporari dan inovasi sistematik.

Beliau berkata, Guandong mempunyai rantai industri yang lengkap – daripada reka bentuk kepada jualan, dan mencadangkan agar kolaborasi yang lebih rapat dengan pengilang di Jiangsu dan Zhejiang untuk meningkatkan kualiti produk.

“Pada masa sama, kita perlu menghasilkan lebih banyak cara untuk mendekati pengguna dengan produk. Dengan menggabungkan elemen kebudayaan dengan reka bentuk moden, pereka bentuk mainan China boleh mencapai audiens global yang lebih luas,” ujar Liu.

Video