- Lain-lain
Li Qiang Terima Kunjungan Delegasi Perdagangan Jepun
China komited memperluas keterbukaan pada tahap tinggi dan mengalu-alukan lebih banyak perusahaan modal asing termasuk dari Jepun untuk memulakan perusahaan di China.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika mengadakan pertemuan dengan delegasi yang diketuai Yohei Kono, Ketua Persatuan Jepun bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (JAPIT) di Dewan Rakyat di Beijing pada Selasa.
Beliau berkata, China dan Jepun mempunyai banyak kelebihan untuk memperdalam kerjasama, seperti menjadi pelengkap dalam industri selain mempunyai kekuatan masing-masing dalam inovasi sains dan teknologi.
Ujarnya kedua-dua pihak perlu memanfaatkan kelebihan ini, memperkukuhkan penyelarasan dan integrasi industri, mengembangkan skala perdagangan dan pelaburan serta memperluas kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, ekonomi hijau, bioperubatan dan kolaborasi pasaran ketiga.
Ini akan dapat menyuntik kedinamikan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sejagat melalui menang-menang bertaraf tinggi.
"JAPIT dialu-alukan memainkan peranan positif untuk mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan, memperkukuh persahabatan dan kepercayaan antara satu sama lain."
"Sementara itu, pelbagai sektor di Jepun juga dialu-alukan untuk mempertingkat interaksi dengan China dalam kebudayaan, pelancongan, sukan, belia dan pemeliharaan alam sekitar," kata Li lagi.
Sementara itu Yohei Kono berkata, pihaknya bersedia memperluas interaksi, mendorong persefahaman antara satu sama lain, di samping memperdalam hubungan antara rakyat dan menggalakkan kolaborasi saling untung.
- Wang Yi Bertemu Wakil Kumpulan Persahabatan Jepun-China
- Wang Yi: China, Jepun Boleh Promosi, Amalkan Nilai Asia
- Li Shulei Terima Kunjungan Rombongan Parti Perlembagaan dan Demokratik Jepun
- PM Li Bertemu Delegasi Gabungan Parti Pemerintah Jepun
- China, Jepun Pulih Mekanisme Pertukaran Parti Pemerintah
- Menteri Luar China, Jepun Adakan Rundingan
- Usaha Perlu Diperkasa Eratkan Hubungan China-Jepun - Wang Yi
- Li Qiang Bertemu Menteri Luar Jepun
- Wang Yi Berucap pada Forum Beijing-Tokyo ke-20
- China, Jepun Anjur Dialog Politik Peringkat Tinggi