- Lain-lain
Makna Ledakan Tenaga Suria dan Angin China Kepada Dunia
Sekiranya seseorang individu melalui jalan raya di pinggir laut pada hari ini, mereka akan dapat melihat loji janakuasa yang luas, dengan turbinnya yang tinggi berputar secara stabil di ruang udara, sekali gus melambangkan usaha mempercepatkan perubahan tenaga negara yang sangat jelas.
Pada suku pertama tahun ini, kapsiti kuasa fotovolta dan angin terpasang telah mencapai 1.482 bilion kilowat, iaitu melangkaui kuasa terma buat julung-julung kalinya dalam sejarah.
Foto memaparkan ladang solar di kawasan pekan Gaomiao, Sanmenxia, Provinsi Henan di tengah China. (People’s Daily Online/Sun Meng)
Dengan pengembangan pesat pemasangan boleh diperbaharui, tenaga suria dan angin dijangka untuk terus menerajui campuran kuasa China dan tahun-tahun mendatang, yang secara tidak langsung mencerminkan penyesuaian mendalam terhadap struktur tenaga negara.
Sektor suria dan angin China yang dahulunya merupakan industri nic, kini telah berubah menjadi pendahulu global dalam kedua-dua inovasi dan pembuatan, kemajuan daripada kebergantungan terhadap teknologi teras asing kepada menjadi pengeksport terbesar dunia bagi peralatan suria dan angin.
Tindakan praktikal dan kecekalan
Peralihan tenaga China berkisarkan pembuatan dasar yang pragmatik dan keazaman yang kukuh. Hari demi hari, negara tersebut telah menjalankan pendekatan tersusun dengan penuh teliti untuk memajukan revolusi tenaganya. Asas kepada revolusi ini ialah pembangunan sistem tenaga yang bersih, rendah karbon, selamat dan cekap.
Langkah demi langkah, China telah melaksanakan langkah yang boleh dinilai, seperti membina zon perintis untuk pembangunan fotovolta dan pangkalan tenaga boleh diperbaharui berskala besar; memupuk inovasi pesat melalui projek demonstrasi; dan memperhalusi rangka kerja kawal selia untuk penetapan harga tenaga boleh diperbaharui, jaminan penggunaan dan mekanisme pasaran.
Kesemua usaha berterusan tersebut telah meletakkan batu asas bagi tenaga boleh diperbaharui untuk menjadi tonggak baharu sistem perindustrian moden negara.
Foto menunjukkan ladang angin di kampung Yixi, kaunti Yongfeng, Ji'an, Provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online /Liu Haojun)
Inovasi sebagai penggerak
Di teras transformasi tenaga tersebut, terletaknya usaha inovasi tanpa henti. Kemajuan teknologi telah mendorong China ke barisan hadapan dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui global, dengan penemuan yang merangkumi bahan, reka bentuk dan teknologi.
Negara tersebut telah membangunkan turbin angin luar pesisir 26 megawat, iaitu yang terbesar seumpamanya di dunia, dengan kesemua 30,000 komponen dihasilkan dalam negara dan teknologi utama menerajui dunia. Ia juga telah membangunkan bilah turbin angin terpanjang, menyokong turbin darat setinggi 60 tingkat pencakar langit.
Dalam fotovolta, sel solar seiring perovskit sepenuhnya milik China telah mencapai rekod kecekapan penukaran fotoelektrik 28.2 peratus, yang secara tidak langsung mempamerkan ekosistem inovasi lebih luas yang terus memacu kemajuan dalam teknologi tenaga bersih.
Visi global buat pembangunan mampan
China secara aktif menyumbang pencapaian pembangunan hijaunya kepada kemajuan global. Akur bahawa perubahan iklim dan keselamatan tenaga sebagai cabaran global bersama, negara tersebut telah mempercepatkan peralihan rendah karbon dan hijaunya sambil mempromosi pembangunan mampan di serata dunia.
China telah membina rantai industri tenaga baharu yang paling lengkap dan paling besar di dunia, serta mengembangkan rantai global peralatan tenaga angin dan fotovoltanya. Ia juga sentiasa mengutamakan kerjasama praktikal menerusi pemindahan teknologi dan integrasi rantai bekalan, seterusnya menjadi sebagai penggalak yang komited dan penyumbang kepada pembangunan rendah karbon dan hijau global.
Peralatan tenaga angin dimuatkan ke kapal yang menuju ke negara Jalur dan Laluan di sebuah terminal di Provinsi Jiangsu di timur China, 13 Mac 2025. (People's Daily Online/Ji Haixin)
Hari ini, China bekerjasama dalam projek tenaga hijau dengan lebih 100 negara dan wilayah, melancarkan sejumlah besar projek tandatangan dan program berpusatkan rakyat ‘kecil tetapi pintar’.
Kejayaan industri angin dan suria China bukan sahaja menjadi bukti kepada peralihan tenaga yang tidak berbelah bahagi di negara itu, tetapi mencerminkan visinya yang berpandangan ke luar untuk memupuk transformasi hijau global.
Kemajuan China dalam tenaga angin dan suria mencerminkan komitmennya untuk mencapai pembangunan domestik sambil membolehkan kemampanan global.
Jack Perry, pengerusi Kelab Kumpulan 48 Britain berpendapat bahawa kepakaran tenaga boleh diperbaharui China menjadi sumber harapan bagi negara membangun lain yang mengejar pemodenan.
Pada masa sama, Brookings Institute Amerika Syarikat telah menyifatkan China sebagai peneraju global dalam tenaga bukan fosil, pengangkutan bersih dan kewangan hijau, yakni ‘harapan terbesar dunia’ dalam bidang tersebut.
Matlamat tersebut dimajukan ke hadapan dengan setiap pusingan bilah turbin China, yang bukan sahaja memberikan arus kuasa elektrik yang kuat, tetapi juga masa depan yang lebih cerah dan lebih mampan untuk semua.
- China Lancarkan Laluan Trak Lasak Hidrogen Rentas Wilayah Pertama
- Bekas Ketua IEA: China Mampu Mainkan Peranan Penting Dalam Usaha Pendekarbonan Global
- China, Laos Saling Hantar Kuasa Bersih
- Media Indonesia: China Terajui Revolusi TBB Sejagat
- Urumqi Sediakan Kemudahan Pengecas Buat Pengguna NEV
- China Wartakan Garis Panduan Pergiatkan Penggunaan TBB
- 34 Negara Jadi Anggota kepada Perkongsian Kerjasama Sumber Tenaga BRI
- Realisasi Peralihan Tenaga Perlukan Sinergi Semua: MFA
- China Wujud Rantaian Tenaga Baharu Paling Lengkap
- Bas Tenaga Baharu China Beroperasi di Garisan Artik