- Lain-lain
Juadah Pesta Tradisional Cina: Zongzi
Hari ini Pesta Perahu Naga, jom bersama Kuku menjamah Zongzi, makanan istimewa yang mempunyai kaitan dengan patriotisme.
Disambut pada hari kelima bulan qamari kelima, Pesta Perahu Naga ialah festival pertama China yang dimasukkan dalam Senarai Warisan Budaya Tak Ketara UNESCO.
Beberapa helai daun buluh dan segenggam pulut – Zongzi suatu ledakan rasa yang dibaluti ratusan tahun tradisi. Menurut legenda, memakan Zongzi adalah cara untuk memberikan penghormatan kepada Qu Yuan, pemuisi terkenal yang juga seorang menteri dari Negeri Chu pada Zaman Negeri-negeri Berperang (475-221 Sebelum Masihi).
Di merata China, Zongzi datangnya dalam pelbagai bentuk dan rasa. Di selatan, Zongzi berintikan daging, kuning telur masin atau pun makanan laut. Di utara, penduduk lebih gemar Zongzi yang manis dan liat, berintikan kurma merah, pes kacang atau pes biji teratai. Apa pun rasanya, Zongzi juadah yang berbaloi untuk dinikmati.
Hari ini, dunia sudah kenal Pesta Perahu Naga, dan banyak negara telah mengikut tradisi memakan Zongzi. Di Jepun, Zongzi dipanggil chimaki dan dibuat daripada tepung beras. Zongzi Malaysia pula warnanya biru muda, dimasak dalam santan, dan setiap suap penuh dengan cita rasa Asia Tenggara.
Banyak negara lain juga mempunyai juadah mirip Zongzi, misalnya tamales di Mexico, dolmadakia di Greece dan pamonha di Brazil.
Zongzi bukanlah satu-satunya tradisi pada Pesta Perahu Naga! Hari ini disambut dengan bermacam-macam adat resam, termasuk perlumbaan perahu naga, menggantung mugwort dan calamus di atas pintu, dan memakai benang sutera lima warna. Malahan, perlumbaan perahu naga kini telah menjadi sukan yang dipertandingkan di peringkat global, dengan peminatnya dari seluruh dunia.
Jadi, pada hari yang istimewa ini, jamahlah Zongzi dan kongsilah kegembiraan! Moga-moga anda semua selamat sejahtera dan sihat, dan selamat menyambut Pesta Perahu Naga!
- Harungi “Jiuqu” untuk Selamat, Sihat pada Tahun Baharu
- Laba: Pesta Kulinari yang Disambut Serata China
- Aktiviti Warna-warni Serikan Pesta Chongyang
- Penyulam Hasilkan Uncang Bauan Berbentuk Zongzi Sempena Pesta Perahu Naga
- Cuti Perahu Naga: China Jangka Lonjakan 12 Peratus Perjalanan Rentas Sempadan
- Pesta Qixi Bawa Pelajar, Guru dari AS Dekati Budaya China
- Pelancong Domestik Catat 110 Juta Sempena Pesta Duanwu
- Makanan Tradisional Pesta Perahu Naga China Jadi Hidangan di Asia Tenggara
- Lumba Perahu Naga Dipilih Jadi Acara Persembahan Olimpik Paris
- Pelancongan Dijangka Rancak pada Pesta Perahu Naga
- Pertandingan Perahu Naga di Hunan Catat Rekod Dunia
- Percutian Pesta Perahu Naga Catat 106 Juta Pelancong
- Pesta Perahu Naga Disambut Serata China