Robot Hadir Sekolah Maya di Zhejiang

Di sebuah dapur maya, sebuah robot humanoid bernama Xiaotao membuka peti sejuk, mengambil bijiran dan susu, seterusnya menyediakan sarapan pagi. Ini adalah sebahagian daripada sesi latihan di dalam sekolah digital yang dibina untuk robot.

Dibangunkan oleh Manycore Tech di Hangzhou, Provinsi Zhejiang di timur China, platform SpatialVerse menawarkan tapak latihan maya buat robot untuk menjadi mahir dalam interaksi dunia sebenar.

Sebuah robot sedang berlatih untuk menggenggam sebiji epal di ruangan maya.

Sebuah robot sedang berlatih untuk menggenggam sebiji epal di ruangan maya.

Sebuah robot sedang berlatih untuk menggenggam sebiji epal di ruangan maya. Zhou Chuhan sedang menyediakan ruang maya untuk latihan. (People’s Daily Online/Wang Liwei)

Dengan terdapatnya lebih 362 juta model 3D mensimulasi persekitaran ruangan yang pelbagai, robot mempelajari tugas-tugas kritikal seperti membuka almari dengan menggunakan kadar tenaga yang tepat, atau meletakkan objek secara tepat ke dalam bekas.

“Tugas-tugas ini mungkin tampak mudah bagi manusia, tetapi ia memerlukan kesedaran ruangan yang maju dan kawalan motor yang tepat daripada robot,” ujar Tang Rui, Ketua Pegawai Saintis di Manycore Tech.

Sebelum ini, usaha untuk melatih robot memerlukan persediaan dunia sebenar yang mahal dan arahan manual selama berbulan-bulan menggunakan penderia yang boleh dipakai. Kini, data sintetik yang didapati oleh SpatialVerse membenarkan jurutera untuk membina jutaan variasi latihan dalam tempoh sehari, sekali gus mendorong kepantasan dan kecekapan dalam pembelajaran.

Robot XIaotao yang dahulunya cemerkap dan tidak mampu mengelak daripada halangan, kini telah bekerja di lapangan terbang untuk mengumpul troli bagasi, di farmasi pengisih ubat-ubatan tidak bermanusia, dan digudang untuk memberikan navigasi ke alamari.

Zhou Chuhan sedang menyediakan ruang maya untuk latihan. (People’s Daily Online/Wang Liwei)

Zhou Chuhan sedang menyediakan ruang maya untuk latihan. (People’s Daily Online/Wang Liwei)

Menurut Tan Rui ketika mengulas tentang SpatialVerse, beliau berkata bahawa kursus-kursus baharu dalam pertimbangan ruangan bukan sahaja membantu robot memahami untuk robot memahami dalam tindakan, malah juga persoalan bagaimana ia bertindak pada kaedah yang khusus, yang memberikan ruang robot pintar autonomi yang lebih banyak

Perjalanan Xiaotao merupakan sebahagian daripada agenda yang lebih besar di Provinsi Zhejiang, yang pertama mencadangkan ‘Robot’+ strategi. Dengan lebih banyak institusi mendedikasikan kepada pembangunan robot, rancangan menunjukkan bahawa inudstri itu akan melepasi angka RMB20bilion (AS$2.78) menjelang 2027.

Video

Berita Berkaitan