- Lain-lain
Tinjauan CGTN: 67.4 Peratus Responden Kutuk Keras Peluasan Ketenteraan NATO
Bercita-cita tinggi untuk mewujudkan peluasan, tapi berselisih pendapat sesama anggota dalam blok. "Tawar-menawar" yang berlaku di Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) baru-baru ini mencerminkan hancurnya persepakatan keamanan sesama anggota. Sementara itu, sasaran perbelanjaan pertahanan 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula memperlihatkan perbezaan pendapat antara Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Tinjauan pendapat umum yang dilancarkan CGTN secara dalam talian mendapati, sebanyak 67.4 peratus responden mengutuk keras peluasan pertahanan NATO kerana ia kemungkinan menyebabkan perlumbaan persenjataan pusingan baharu, sekali gus memberi ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan dunia.
Menurut statistik, pada tahun 2024, jumlah perbelanjaan pertahanan global merekodkan USD2.72 trilion, antaranya 1.5 trilion yakni 55 peratus adalah dari negara-negara NATO.
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menyifatkan sasaran 5 peratus itu sebagai "tidak munasabah dan tidak perlu". Pandangan beliau mendapat sokongan 80.1 peratus responden.
Pada pandangan mereka, peningkatan besar perbelanjaan pertahanan mungkin akan memaksa negara Eropah meningkatkan kadar cukai atau mengurangkan kebajikan awam, dan semua ini pastinya akan ditanggung oleh rakyat Eropah.
Tinjauan terbabit dilancarkan di platform CGTN menggunakan bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia, diikuti lebih 6,000 netizen asing dalam 12 jam.
- NATO Digesa Renung Masalah Diri dan Elak Jadi Pengacau
- China Tegas Bantah Amalan Politik Berkumpulan
- Dialog Dasar Keselamatan China-NATO Ke-8
- Mesyuarat Menteri Pertahanan NATO Berakhir
- Sekatan Barat Terbukti Gagal: Presiden Iran
- Tinjauan CGTN: Penglibatan NATO di Asia-Pasifik Dibantah 70% Responden
- Asia Pasifik Bukan Medan Persaingan Geopolitik