Presiden Baharu IOC, Coventry Rancang Lawat China pada November

(CRI)Jumaat 27 Jun 2025

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang baharu, Kirsty Coventry menyatakan rancangan beliau untuk melawat China pada November tahun ini.

Beliau yang baharu menjawat jawatan tersebut, turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada para peminat sukan Olimpik di China.

"Saya rancang untuk melawat China pada November akan datang, tarikh tepat belum ditetapkan, tetapi ia akan diatur semasa Sukan Nasional China," kata Coventry menerusi sidang media pertamanya, yang berlangsung secara dalam talian pada Khamis.

Untuk rekod, pada 23 Jun lalu, Coventry yang berusia 41 tahun menerima kunci "Rumah Olimpik" daripada Thomas Bach, sekaligus menjadi wanita pertama yang menjawat jawatan Presiden IOC serta pemimpin pertama dari Afrika yang memegang jawatan berkenaan.

Video

Berita Berkaitan