Akuakultur Makmur Berkembang di Ningxia

Meskipun terletak di kawasan pengairan Sungai Kuning, Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China suatu ketika dahulu pernah mengalami cabaran serius daripada pemasinan tanah sekunder.

Foto memperlihatkan taman demonstrasi akuakultur hijau di kaunti Helan, bandar Yinchuan, Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China. (Foto oleh Li Shaobo)

Foto memperlihatkan taman demonstrasi akuakultur hijau di kaunti Helan, bandar Yinchuan, Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China. (Foto oleh Li Shaobo)

Pada tahun-tahun mutakhir ini, kerajaan tempatan telah mengatasi masalah tersebut dengan mengubah ia menjadi satu peluang.

Dengan memanfaatkan akuakultur sebagai medium untuk menambah baik tanah masin-alkali, Ningxia telah membolehkan makanan laut seperti udang harimau, kerakap, dan gelama hijau besar dapat dihidangkan di atas meja makan, sekali gus membantu nelayan meningkatkan pendapatan masing-masing.

“Sepuluh tahun dahulu, saya mengundang juruteknik dari Zhangzhou di Provinsi Fujian, tenggara China dan memperkenalkan udang kaki putih ke Ningxia,” ujar Qiang Zuozhou, ketua Syarikat Ekopertanian Lanwan Ningxia yang terletak di kaunti Helan, bandar Yinchuan, Ningxia. Ketika itu, ramai orang tidak percaya bahawa makanan laut boleh diternak di tanah masin-alkali,” ujarnya lagi.

Selepas melakukan eksperimen yang mendalam, pasukan tersebut telah menemui perbezaan utama antara air masin-alkali dan air laut terletak pada kemasinan dan ion utama. Dengan menyesuaikan kemasinan air secara berperingkat-peringkat, mereka telah berjaya membantu udang kaki putih untuk beradaptasi dengan keadaan setempat.

Lebih menarik terlepas daripada keterbatasan musim, dan ia kini boleh didapati pada sepanjang tahun.

Seorang petugas sedang bekerja di sebuah kolam ikan di kaunti Helan, bandar Yinchuan, Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China. (Foto oleh Zhang Jingwen)

Seorang petugas sedang bekerja di sebuah kolam ikan di kaunti Helan, bandar Yinchuan, Wilayah Autonomi Hui Ningxia di barat laut China. (Foto oleh Zhang Jingwen)

Kejayaan kaunti Helen dalam akualkutur dengan jelasnya boleh didapati menerusi angka. Dengan 58,000 mu (atau 3,867 hektar) kolam akuakultur, kaunti tersebut menghasilkan 65,000 tan produk akuatik. Secara puratanya, ia mengeluarkan lebih 1,120 kilogram setiap mu, dan menjadikan Helan sebagai pengeluar akuakultur yang paling besar di barat laut China.

Ningxia muncul sebagai ketua serantau dalam akuakultur, didokong oleh fokus yang kuat dan inovasi sains teknologi. Pada Mei tahun ini, Pusat Penyelidikan Freshwater Fisheries di Akademi Sains Perikanan telah membina pangkalan untuk transformasi pencapaian sains dan teknologi di Syarikat Yinchua Kehai Biotechnology di kaunti Helan.

Shi Wei, pengurus besar Syarikat Biotechnolgy Kehai Yinchua menyatakan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, syarikat tersebut telah mencuba spesies baharu termasuk udang air tawar gergasi, ketam sungai dan trout pelangi dengan dapatan awal memberi petunjuk yang sangat menggalakkan.

Pada tahun-tahun mutakhir ini, kaunti Helan telah bekerjasama dengan institusi-institusi seperti Akademi Sains Perikanan China dan Universiti Lautan Shanghai dalam usaha untuk memperkukuh kolaborasi antara industri, pendidik dan penyelidik.

Kesemua perkongsian tersebut telah membantu dalam membina platform untuk transformasi pencapaian sains teknologi. Pada masa sama, kaunti itu juga telah meningkatkan pelaburannya dalam pembangunan dan penyelidikan akuakultur dengan stabil,

Video

Berita Berkaitan