- Lain-lain
Xi Balas Surat Beri Kata Semangat kepada Penduduk Kampung di Kawasan Sempadan
Baru-baru ini, Presiden China, Xi Jinping telah menulis sepucuk surat balas kepada semua penduduk kampung Gala di pekan Nyingchi daerah Bayi di bandar Nyingchi wilayah Xizang untuk memberi kata semangat dan meluahkan harapan.
Dalam surat balas itu, Xi berkata, setelah membaca surat yang dikirim dari penduduk kampung Gala, beliau merenung kembali lawatannya di kampung itu pada empat tahun lalu. Pemandangan yang indah dan penataan perkampungan yang rapi serta penduduk yang ramah telah meninggalkan kesan mendalam kepadanya. Beliau berasa gembira setelah mengetahui kampung itu mengalami perubahan baharu dan pendapatan penduduk yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Xi mengeluarkan harapan agar penduduk kampung Gala menjaga isu perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum, mencipta kehidupan yang lebih bahagia, meningkatkan keberkesanan dalam perlindungan keindahan alam semula jadi yang bercirikan dataran tinggi di bawah bimbingan Parti yang sudah pun menggubal siri dasar untuk memacu pembangunan di kawasan sempadan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat, dan terus berusaha mengharumkan nama "Kampung Bunga Pic", sekaligus memberi sumbangan kepada usaha meningkatkan kemakmuran dan kestabilan di kawasan sempadan.
Untuk rekod, Xi pernah mengunjungi kampung Gala dalam jadual tinjauannya ke Xizang pada Julai 2021.
- PKC Peringati Ulang Tahun Ke-120 Kelahiran Mendiang Chen Yun
- China Keluarkan Pelan Tindak Balas Kecemasan Negara
- Xi Zahir Ucapan Tahun Baharu Cina kepada Tokoh Bukan Anggota PKC
- Pengumuman Sidang Pleno Keempat Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Ke-20 PKC
- Memangkin Agenda Tadbir Urus Kawasan Sempadan Dorong Pembangunan Berkualiti - Xi
- Pupuk Pembina dan Pewaris Sosialisme yang Cermalng, Kata Xi
- Martabatkan Peranan PKC dalam Tatakelola Institusi Pusat dan Badan Negara - Xi
- NPC Belajar Semangat Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC
- CPPCC Belajar Semangat Sidang Pleno Ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC
- Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC Tegaskan Sasaran Perkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif