10 Juta Pelancong Keluar Masuk Sempadan Melalui Beijing pada Separuh Tahun Pertama 2025

(CRI)Selasa 01 Julai 2025
10 Juta Pelancong Keluar Masuk Sempadan Melalui Beijing pada Separuh Tahun Pertama 2025

Jumlah individu yang keluar masuk melalui pintu sempadan Beijing pada separuh pertama tahun 2025 melepasi angka 10 juta setakat pukul 6 pagi Selasa.

Angka ini menyaksikan peningkatan sebanyak 19.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan ini dilihat selaras dengan pelaksanaan beberapa dasar bebas visa yang dilancarkan kerajaan China bagi merangsang kemasukan pelancong asing.

Untuk rekod, bermula 9 Jun lalu, China mula melaksanakan dasar pengecualian visa terhadap pemegang pasport biasa dari Arab Saudi, Oman, Kuwait dan Bahrain.

Manakala bermula 12 Jun, rakyat Indonesia boleh memanfaatkan kemudahan transit bebas visa selama 240 jam untuk memasuki China.

Sementara itu dasar bebas visa timbal balik antara China dengan Azerbaijan dijadual berkuatkuasa pada 16 Julai ini.

Video

Berita Berkaitan