Gaokao Buka Pintu Lebih Luas Buat Semua

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 04 Julai 2025

Guru kelas kepada Jiang Xintong memberi kata-kata semangat kepadanya sebelum peperiksaan gaokao. (Foto oleh Ziyang Guancha)

Guru kelas kepada Jiang Xintong memberi kata-kata semangat kepadanya sebelum peperiksaan gaokao. (Foto oleh Ziyang Guancha)

Di tengah-tengah kesibukan peperiksaan memasuki universiti kebangsaan China 2025 yang turut dikenali sebagai ‘gaokao’, suasana yang sunyi yang penuh keazaman dapat dirasai di serata China.

Di Suzhou, Provinsi Anhui di timur China, Wang Ziwen, pelajar yang menghidapi osteopsatigrosis atau turut dikenali dengan keadaan yang bercirikan kerapuhan tulang, telah dibantu dengan penuh hemat ke dalam dewan peperiksaan.

Di Ziyang, Provinsi Sichuan di barat daya China, Jiang Xintong lumpuh dari bahagian pinggul dan ke bawahnya akibat mielitis telah tiba di dalam dewan peperiksaan 30 minit lebih awal menerusi laluan akses istimewa.

Di Shenzhen, Provinsi Guangdong di selatan China, Chen Xinhe yang merupakan satu-satunya calon buta di provinsi tersebut telah mengambil peperiksaan braille dengan sokongan oleh guru pendidikan khas, seorang kaunselor dan pekerja perubatan yang diaturkan oleh pusat peperiksaan.

Momen-momen yang menyentuh hati tersebut bukan sahaja mencerminkan daya tahan calon-calon peperiksaan, tetapi juga penambahbaikan progresif terhadap langkah-langkah keterangkuman di dalam sistem pendidikan China.

Penyesuaian yang berpatutan buat calon peperiksaan yang kurang upaya kini telah terpiawai secara sistematik iaitu calon yang buta mempunyai masa sebanyak 150 peratus lebih lama berbanding durasi peperiksaan standard; mereka yang mempunyai kecacatan pendengaran boleh menggunakan peranti pembantu seperti implan koklear atau alat bantu pendengaran; calon dengan kecacatan teruk kaki dan tangan atau mereka yang mempunyai kesukaran teruk dalam penulisan pula dibenarkan untuk memperoleh 30 peratus lebih lama.

Sukarelawan memberikan hadiah sempena Hari Kanak-kanak kepada kanak-kanak di sekolah pendidikan istimewa di kaunti Guanyun, Lianyungang, Provinsi Jiangsu di timur China pada 30 Mei 2025. (People’s Daily Online/Ren Yigang)

Sukarelawan memberikan hadiah sempena Hari Kanak-kanak kepada kanak-kanak di sekolah pendidikan istimewa di kaunti Guanyun, Lianyungang, Provinsi Jiangsu di timur China pada 30 Mei 2025. (People’s Daily Online/Ren Yigang)

Pada tahun ini, daripada 13.35 juta pelajar yang berdaftar untuk mengambil gaokao, lebih daripada 14,000 calon dengan kecacatan telah layak untuk mendapatkan sokongan khas, iaitu satu perbezaan sangat ketara berbanding pada 2012 yang menyaksikan hanya sekitar 100 pelajar yang mendapat sokongan tersebut – yakni mewakili peningkatan 140 kali ganda dalam tempoh hanya sedekad sahaja.

Sejak sekian lama, gaokao telah dianggap di China sebagai salah satu sistem yang paling saksama dalam pemilihan bakat.

Tanggapan tersebut bukan sahaja berakar umbi daripada prosedurnya yang ketat dan mekanisme yang telus, tetapi juga daripada keterangkuman keinstitusian, yang menawarkan individu dari semua latar belakang sosioekonomi sebagai satu kaedah adil dalam mengejar aspirasi akademik. Bagi calon yang kurang upaya, akses pendidikan tersebut membentuk satu penggalak yang sangat mendalam.

Hak untuk terus bermandiri dan pembangunan adalah hak kemanusiaan yang paling utama. Seiring dengan kemajuan China dalam bidang ekonomi sambil memperkukuh sistem keselamatan sosial dan perkhidmatan awam, keperluan asas buat orang kurang upaya (OKU) semakin dipenuhi.

Mengambil kemajuan tersebut sebagai asas, lebih banyak tumpuan kini beralih ke arah untuk memenuhi aspirasi penghakikian diri masing-masing.

Amalan yang dahulunya memerlukan calon untuk memohon untuk mendapatkan kemudahan (bantuan kurang upaya), kini telah berevolusi menjadi satu amalan standard, sekali gus menunjukkan contoh bagaimana masyarakat moden boleh mengangkat populasi yang lemah menerusi belas kasihan yang sistemik.

Pendidikan adalah inti pati kepada pembangunan manusia yang holistik. Setakat 2024, China telah mempunyai lebih daripada 915,900 pelajar yang berdaftar dalam program pendidikan khas.

Inisiatif seperti akses alat bantu di sekolah, kemasukan buku teks yang dicetak besar dalam kurikulum kebangsaan, serta program fleksibel seperti pembelajaran jarak jauh dan bimbingan di rumah pula telah membantu pendidikan khas maju dengan stabil, membina satu jalan buat pelajar golongan OKU untuk mencapai kemajuan dan kejayaan.

Lebih daripada pendidikan, China juga sedang berusaha untuk menambah baik sokongan di serata lingkungan penuh kehidupan.

Beberapa orang pelajar membantu rakan sekelas yang kurang berkemampuan untuk keluar daripada venue peperiksaan di Suqian, Provinsi Jiangsu, timur China pada 9 Jun 2025. (People’s Daily Online/Chen Hong)

Beberapa orang pelajar membantu rakan sekelas yang kurang berkemampuan untuk keluar daripada venue peperiksaan di Suqian, Provinsi Jiangsu, timur China pada 9 Jun 2025. (People’s Daily Online/Chen Hong)

Dalam pengambilan kerja pula, bantuan kerja tersuai buat lepasan kolej yang kurang upaya dan projek untuk membuka peluang pekerjaan tempatan telah dimulakan, dan lebih daripada 9 juta OKU telah diambil bekerja di serata China pada 2024.

Dalam sektor penjagaan kesihatan, mekanisme penyesuaian dinamik untuk subsidi penjagaan kurang upaya yang parah juga sedang diperhalusi, dan penyertaan dalam program insurans kesihatan yang melibatkan kekurangan upaya juga semakin meningkat. Satu jaringan sokongan yang ketat dan komprehensif dari penjagaan harian kepada rawatan perubatan kini sedang dibina untuk memperkasa golongan OKU dalam mengejar aspirasi masing-masing.

Melalui pendekatan yang mudah diakses, terangkum dan adil kepada kebajikan awam, China giat berusaha untuk memastikan bahawa manfaat pembangunan dikongsi oleh semua, tanpa mengenal perbezaan keadaan fizikal.

Video

Berita Berkaitan