Pusat Penyelidikan Kerjasama China-Brazil Dibuka di Rio de Janeiro

(CRI)Isnin 07 Julai 2025

Pusat penyelidikan kerjasama China-Brazil untuk interaksi dan saling belajar sesama tamadun dibuka secara rasmi di Rio de Janeiro pada Sabtu.

Ditubuhkan bersama oleh Universiti Renmin China, Universiti Beihang China, Universiti Federal Rio de Janeiro di Brazil dan Universiti Federal Minas Gerais, pusat itu menyasar menjadi model kolaborasi universiti dalam kalangan negara Selatan Global.

Pusat berkenaan akan memfokuskan kepada inovasi ilmu pengetahuan dan perkongsian sumber, serta berfungsi sebagai platform baharu bagi memudahkan pertukaran antara golongan belia China-Brazil, kerjasama pendidikan, dialog sosiobudaya dan pembelajaran sesama tamadun.

Video

Berita Berkaitan