Xi, Arce Bertukar Ucapan Tahniah Sempena 40 Tahun Hubungan Diplomatik China-Bolivia

(CRI)Rabu 09 Julai 2025

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Bolivia Luis Arce saling bertukar ucapan tahniah pada Rabu sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Xi menyatakan bahawa China sedia bekerjasama dengan Bolivia untuk mempertingkatkan lagi perkongsian strategik ke tahap baharu dan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Sementara itu, Arce menzahirkan penghargaan kepada China yang banyak membantu Bolivia dalam bidang infrastruktur, teknologi, tenaga dan kesihatan, selain memuji peranan dimainkan China dalam menyatupadukan negara Selatan Global dan menggalakkan kerjasama dengan Amerika Latin.

Video

Berita Berkaitan