Ketidaktentuan Prospek Ekonomi AS Tetap Tinggi - Fed

(CRI)Khamis 10 Julai 2025

Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk mengekalkan kadar dana persekutuan dalam julat 4.25 peratus hingga 4.5 peratus.

Perkara itu diumumkan Fed pada Rabu menerusi minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang diadakan pada 17 hingga 18 Jun.

Menurut minit mesyuarat tersebut, para peserta sependapat bahawa ketidaktentuan prospek ekonomi AS telah sedikit reda, namun masih berada pada tahap yang tinggi.

Video

Berita Berkaitan