Simposium Antarabangsa mengenai Laut China Selatan Berlangsung di Beijing

(CRI)Jumaat 11 Julai 2025

Simposium antarabangsa mengenai sejarah dan realiti Laut China Selatan berlangsung di Beijing pada Khamis.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Institut Pengajian Laut China Selatan Negara (NISCSS) dan Pusat Kerjasama Maritim dan Tadbir Urus Lautan Huayang.

Simposium berkenaan menarik penyertaan seramai 150 pakar, sarjana dan wakil dari lebih 10 negara dan wilayah termasuk China, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Para peserta mengadakan perbincangan secara mendalam berkisarkan pelbagai topik antaranya orde antarabangsa pasca Perang Dunia II dan kedaulatan pulau-pulau di Laut China Selatan, serta sejarah Laut China Selatan dari perspektif politik dan undang-undang.

Video

Berita Berkaitan