Tokoh Asing Sanjung Tinggi Inisiatif GCI

(CRI)Isnin 14 Julai 2025

Presiden China Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Tamadun Global di Beijing pada Khamis.

Peserta asing menyanjung tinggi nilai sezaman Inisiatif Peradaban Global (GCI) serta sumbangannya kepada dunia.

Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Irina Bokova berkata, Presiden Xi menekankan kepentingan dialog antara tamadun terhadap keamanan, pembangunan serta kesejahteraan seluruh umat manusia.

GCI yang dikemukakan Presiden Xi menghormati kepelbagaian tamadun serta mendorong keharmonian dan perpaduan, ujarnya.

Bekas Perdana Menteri Mesir Essam Sharaf berkata keamanan mustahil dapat diwujudkan jika tiada kepercayaan, persefahaman dan pertukaran sosiobudaya.

Menurut beliau, dunia dapat mencapai keamanan, pembangunan dan kemakmuran melalui inisiatif GCI.

Sementara itu, pengasas pertubuhan 'Sahabat Kuliang' Amerika Syarikat (AS) Elyn MacInnis amat menghargai inisiatif diajukan Presiden Xi untuk menjemput 50,000 belia AS ke China bagi pertukaran dan pengajian dalam tempoh lima tahun akan datang.

Elyn berkata China giat berusaha untuk menterjemahkan GCI menjadi kenyataan.

Video

Berita Berkaitan