Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden Baharu Suriname

(CRI)Isnin 14 Julai 2025

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Jennifer Simons yang menang dalam pilihan raya Presiden Suriname pada Jumaat.

Xi dalam perutusan tahniahnya menyifatkan Suriname sebagai rakan kongsi strategik China di kawasan Caribbean, dan menyatakan penghargaan terhadap kerjasama pragmatik bilateral dalam pelbagai bidang yang telah membuahkan hasil yang memberangsangkan sejak terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 49 tahun yang lalu.

Xi menyatakan, beliau bersedia bersama-sama dengan Jennifer Simons untuk memperkasa kerjasama yang sama untung dan muhibah serta mengembangkan perkongsian strategik kedua-dua pihak demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan