- Lain-lain
Persidangan Sains Asas Antarabangsa 2025 Fokuskan Masa Depan Manusia
Persidangan Sains Asas Antarabangsa (ICBS) 2025 membuka tirainya di Beijing pada Ahad, menghimpunkan lebih 80 ahli akademik serta hampir 1,000 pakar dan sarjana dari dalam dan luar negara.
Bertemakan “Sains Asas demi Masa Depan Manusia”, persidangan edisi kali ini merangkumi lebih 500 pembentangan akademik serta sesi mesyuarat satelit, yang memberi tumpuan kepada perkembangan terkini dalam bidang matematik, fizik, sains maklumat dan kejuruteraan.
Para peserta berpeluang berkongsi hasil penyelidikan termaju serta membincangkan hala tuju pembangunan sains asas dalam membentuk masa depan manusia.
Pengerusi ICBS, Profesor Shing-Tung Yau yang juga penerima Anugerah Fields, dalam ucapan perasmiannya menyifatkan kecerdasan buatan (AI) sebagai antara bidang penting yang memerlukan sumbangan besar daripada sains asas, khususnya matematik.
“Oleh itu, kami berharap para saintis dari seluruh dunia dapat meningkatkan komunikasi dan kerjasama demi menyumbang kepada masa depan manusia,” katanya.
Persidangan kali ini turut menampilkan sesi khas “Bersemuka dengan Saintis” yang memberi peluang kepada para pelajar cemerlang untuk berinteraksi secara langsung dengan tokoh-tokoh saintis ternama.
- Memangkin Agenda Pemerkasaan Negara Dalam Bidang Sains Teknologi - Xi
- China Pinda Undang-undang untuk Dorong Pempopularan Sains
- Ahli Sains China Raih Anugerah "Champions of the Earth" 2024 UNEP
- Ahli Sains China Raih Anugerah "Champions of the Earth" 2024 UNEP
- Memacu Pembangunan Global Melalui Pembudayaan Sains
- Forum Ahli Sains Tengchong 2024 Dirasmikan
- China Miliki Separuh Daripada 20 Bandar Sains Teratas
- Saintis China Perkenal LLM Pelbagai Mod Pertama di Dunia Dalam Sains Geografi
- Pembelanjaan Pengajian dan Penerokaan China Cecah RMB3.3 Trilion
- Pembangunan China Dipacu Inovasi Mustahil Dihalang