- Lain-lain
China dan Australia Komited Tingkat Kerjasama Ekonomi dan Teknologi
Perdana Menteri China, Li Qiang dan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese bersama-sama menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Industri dan Perniagaan China- Australia ke-8 di Dewan Besar Rakyat, Beijing pada malam Selasa.
Li berkata, syarikat China dan Australia boleh menikmati lebih banyak peluang perniagaan apabila kedua-dua negara memperkasakan kerjasama, kerana pasaran China amat berpotensi dalam penggunaan.
Beliau juga menyarankan supaya Beijing dan Canberra mempertingkat penyelidikan dan pembangunan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan sains hayat, sekaligus mempercepat kolaborasi dalam tenaga bersih, kenderaan elektrik dan penyimpanan tenaga.
Li menegaskan bahawa China komited untuk membuka pasaran pada tahap tinggi dan melindungi hak serta kepentingan syarikat asing mengikut undang-undang.
Beliau juga berharap agar Australia dapat memberikan layanan adil kepada syarikat China di negaranya termasuk menyelesaikan isu berkaitan akses pasaran dan semakan pelaburan.
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Australia
- Xi Ucap Tahniah kepada Perdana Menteri Australia
- Rundingan Strategik Pertahanan ke-23 China-Australia Berlangsung di Beijing
- Xi Bertemu PM Australia
- Xi Utus Tahniah kepada Gabenor Jeneral Baharu Australia
- Usahawan China, Australia Diharap Dorong Kerjasama dalam Bidang Lebih Luas - PM Li
- China, Australia Sedia Kukuhkan Hubungan Dua Hala
- China Harap Parlimen Australia Sokong Kerjasama Bilateral
- China Janji Pinjam Sepasang Lagi Panda kepada Australia
- PM Li Mulakan Lawatan di Australia