Xi Ucap Takziah atas Pemergian Bekas Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari

(CRI)Khamis 17 Julai 2025

Presiden China, Xi Jinping pada Rabu menghantar ucapan takziah kepada Presiden Nigeria Bola Tinubu berikutan pemergian bekas Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari.

Xi menyampaikan rasa duka cita yang mendalam bagi pihak kerajaan dan rakyat China, serta menzahirkan rasa simpati kepada keluarga Buhari, kerajaan dan rakyat Nigeria.

Menurut Xi, Buhari merupakan pemimpin penting Nigeria yang berdedikasi dalam mencari jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara itu sendiri, memberikan sumbangan cemerlang bagi perpaduan dan kemajuan Nigeria.

Semasa hayatnya, Buhari juga konsisten menjalinkan persahabatan dengan China, memainkan peranan aktif dalam mendorong persahabatan Nigeria-China dan kerjasama Afrika- China.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar bagi rakyat Nigeria dan juga China turut kehilangan seorang sahabat baik.

Ujarnya China mengambil berat terhadap perkembangan hubungan China-Nigeria dan bersedia bekerjasama dengan Nigeria untuk terus mendorong hubungan rakan strategik komprehensif kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan