- Lain-lain
Jumlah Pos dan Kurier China Rekod Lebih 100 Bilion Unit Pada Separuh Pertama 2025
(CRI)Khamis 17 Julai 2025
Industri perkhidmatan pos China menyaksikan pertumbuhan pesat pada separuh pertama tahun 2025, dengan jumlah keseluruhan urusan penghantaran mencecah 104.51 bilion bungkusan, meningkat 16.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Menurut Biro Pos Negara, jumlah penghantaran kurier sahaja mencatat 95.64 bilion bungkusan, naik 19.3 peratus tahun ke tahun.
Dari segi pendapatan, industri pos China menjana hasil sebanyak RMB873.09 bilion (RM516.58 bilion) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, meningkat 8.3 peratus berbanding tahun lalu.
Daripada jumlah itu, perkhidmatan penghantaran ekspres menyumbang RMB718.78 bilion (RM425.28 bilion), meningkat 10.1 peratus.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang