Pusat Kerjasama China-Asia Tengah untuk Pengurangan Kemiskinan, Pertukaran Pendidikan, Dilancarkan di Xinjiang

Pusat Kerjasama China-Asia Tengah untuk Pengurangan Kemiskinan, Pertukaran Pendidikan, Dilancarkan di Xinjiang
Chen Xiaojiang, setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Erkin Tuniyaz, pengerusi kerajaan tempatan Xinjiang, dan Sun Weidong, setiausaha agung Sekretariat Mekanisme China-Asia Tengah, menghadiri upacara perasmian pusat kerjasama pengurangan kemiskinan China-Asia Tengah di jabatan pertanian dan hal ehwal luar bandar wilayah pada 21 Julai 2025. (Xinjiang Daily/Cui Zhijian)

Pusat kerjasama pengurangan kemiskinan China-Asia Tengah dan pusat kerjasama pertukaran pendidikan China-Asia Tengah yang diperkenalkan semasa Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Kedua, telah dirasmikan di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, pada Isnin.

Chen Xiaojiang, setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, telah menghadiri upacara perasmiannya dan turut merasmikan kedua-dua pusat tersebut.

Erkin Tuniyaz, pengerusi kerajaan tempatan Xinjiang, dan Sun Weidong, setiausaha agung Sekretariat Mekanisme China-Asia Tengah yang turut sama hadir, dan telah menyampaikan ucaptama masing-masing.

Penubuhan tiga pusat kerjasama utama, iaitu untuk pengurangan kemiskinan, pertukaran pendidikan dan pemeliharaan penggurunan di bawah rangka kerjasama China-Asia Tengah dilihat sebagai satu hasil utama daripada penganjuran Sidang Kemuncak China-Asia Tengah edisi kedua.

Dengan pelancaran kedua-dua pusat di Xinjiang itu, ia sekali gus menandakan fasa baharu dalam kerjasama pendidikan dan pembasmian kemiskinan antara China dan negara-negara Asia Tengah. Ia juga membuka nruang baharu untuk pertukaran yang saling menguntungkan dan praktikal antara Xinjiang dan kerajaan tempatan di serata Asia Tengah.

Erkin dalam ucapannya menekankan bahawa pelancaran kedua-dua pusat itu di Xinjiang membentuk kepada sebuah langkah penting dalam melaksanakan konsensus signifikan yang dicapai antara Presiden Xi Jinping bersama-sama dengan ketua-ketua negara dari lima negara Asia Tengah, serta membawa lebih banyak peluang kerjasama antara Xinjiang dan negara-negara Asia Tengah.

Sun ketika menyampaikan ucapannya menyebut bahawa pelancaran kedua-dua pusat itu adalah simbolik kepada tindakan konkrit China untuk mempercepat pelaksanaan konsensus penting yang dicapai oleh enam ketua negara dan senarai hasil Sidang Kemuncak China-Asia Tengah edisi kedua.

Katanya, ia memberikan keutamaan yang signifikan dalam mempromosi pertukaran yang lebih mendalam dan saling belajar antara China dan Asia Tengah mengenai tindakan dan pengalaman pengurangan kemiskinan, sambil memajukan perkongsian dan ketersambungan sumber pembelajaran, serta mempermudah pertukaran dan komunikasi yang mendalam.

Difahamkan, wakil dari Pusat Pengurangan Kemiskinan Antarabangsa di China serta Jabatan Pertukaran dan Kerjasama Antarabangsa di bawah Kementerian Pendidikan China turut menghadiri upacara tersebut dan menyampaikan ucapan masing-masing.

Chen Xiaojiang, setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Erkin Tuniyaz, pengerusi kerajaan tempatan Xinjiang, dan Sun Weidong, setiausaha agung Sekretariat Mekanisme China-Asia Tengah, menghadiri upacara perasmian pusat kerjasama pertukaran pendidikan China-Asia Tengah di jabatan pendidikan wilayah pada 21 Julai 2025. (Xinjiang Daily/Cui Zhijian)

Video

Berita Berkaitan