Kerjasama China-Asia Tengah Semakin Mendalam, Lebih Teguh

Seorang pelatih mengikuti sebuah sesi di Bengkel Luban di Tajikistan. (People’s Daily/Qu Pei)

Seorang pelatih mengikuti sebuah sesi di Bengkel Luban di Tajikistan. (People’s Daily/Qu Pei)

Pada 29 April 2025, pembinaan tiga terowong penting iaitu Gunung Fergana, Naryn No.1, dan Koshtet di sepanjang Laluan Kereta Api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan (CKU) seksyen Kyrgyz telah bermula secara rasmi, sekali gus menandakan penanda aras utama seiring dengan kemajuan projek itu ke dalam fasa pembinaan talian utama.

Laluan Kereta Api CKU merupakan salah satu contoh yang menambat perhatian dalam kerjasama pragmatik antara China dan Asia Tengah, serta mencerminkan satu penanda aras baharu dalam kerjasama Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi.

Dari kapasiti industri dan infrastruktur kepada tenaga bersih dan logistik, kerjasama kedua-dua pihak sedang mempamerkan hasil-hasil yang dapat dilihat dalam segenap bidang.

Di Kazakhstan, projek-projek utama seperti talian paip gas semula jadi China-Kazakhstan dan Loji Penapis Minysak Shymkent sedang berjalan dengan lancar. Di Uzbekistan, projek jana kuasa kitaran gas-wap Syr Darya 1,500 megawatt telah memasuki fasa pengeluaran, manakala projek Bandar Olimpik pula sedang bergerak dengan stabil.

Di Kyrgystan, projek seperti pembaikpulihan jaringan jalan perbandaran Bishkek dan sistem pengairan yang diubah suai sedang menambah baik taraf kehidupan penduduk setempat. Di Tajikistan, bangunan-bangunan kerajaan dan parlimen yang dibantuk oleh China telah menjadi mercu tanda baharu.

Kesemua hasil yang konkrit dan teguh tersebut telah menyumbang kepada pembangunan mampan terhadap ekonomi Asia Tengah.

Juruteknik sedang menyelia operasi dari bilik kawalan pusat di Loji Penapis Minyak Shymkent di Kazakhstan. (People’s Daily/Xie Yahong)

Juruteknik sedang menyelia operasi dari bilik kawalan pusat di Loji Penapis Minyak Shymkent di Kazakhstan. (People’s Daily/Xie Yahong)

Kerjasama pelaburan dan perdagangan China dengan Asia Tengah juga terus mendapat momentum. Pada 2024, perdagangan antara China dengan kelima-lima negara Asia Tengah itu telah mencapai AS$94.8 bilion, iaitu peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak enam peratus. Angka tersebut dijangka untuk menjangkaui AS$100 bilion pada tahun ini.

Yang Jin, timbalan ketua pejabat pengajian Caucasus dan Asia Tengah di Institut Pengajian Rusia, Eropah Timur, dan Asia Tengah di bawah Akademi Sains Sosial China menyatakan bahawa hubungan China-Asia Tengah telah membuat langkah-langkah penting pada tahun-tahun mutakhir.

Dengan bimbingan oleh diplomasi ketua negara, kedua-dua pihak juga telah memperdalam kepercayaan politik. China telah mewujudkan perkongsian strategik komprehensif dan melaksanakan visi membina komuniti berkongsi nasib pada peringkat dua hala dengan kesemua lima negara Asia Tengah.

Kerjasama praktikal telah dipertingkatkan, dan ia telah dibuktikan dengan pertumbuhan pesat dalam perdagangan dan pelaburan. China dan negara-negara Asia Tengah juga memperkukuh penyelarasan dalam persekitaran pelbagai hala, terutamanya dalam usaha mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau.

Pada masa sama, inovasi institusi semakin popular. Mekanisme seperti mekanisme Sidang Kemuncak China-Asia Tengah, penubuhan sekretariat mekanisme kerjasama China-Asia Tengah, dan mekanisme kerjasama pengurusan kecemasan China-Asia Tengah juga sedang meningkatkan dialog dan penyelarasan.

“Asia Tengah kaya dengan sumber semula jadi, tetapi geografinya yang dikelilingi daratan menimbulkan cabaran kepada akses pasaran global. Manakala, pasaran domestik China yang berkembang pesat sangat melengkapi dengan rantau ini,” kata Xu Tao, timbalan ketua Institut Penyelidikan Pembangunan Sosial Eurasia di bawah Pusat Penyelidikan Pembangunan Majlis Negara China.

Tambah beliau, kerjasama yang saling menguntungkan memberikan manfaat yang ketara kepada rakyat kedua-dua pihak.

Pada 19 Mac, sebuah kereta api kargo yang menuju ke Tashkent, Uzbekistan telah berlepas dari daerah Fangshan di Beijing, dengan membawa muatan 90 kontena standard yang berisi alat ganti kereta, ubat-ubatan dan barangan lain dari Beijing-Tianjin-Hebei.

Ia juga sekali gus menandakan pelancaran rasmi perkhidmatan kereta api kargo Beijing-Asia Tengah yang pertama, seterusnya mewujudkan koridor darat baharu yang cekap untuk mengeksport produk berteknologi tinggi yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Foto memaparkan Pangkalan Kerjasama Logistik (Lianyungang) China-Kazakhstan di Lianyungang, Provinsi Jiangsu, timur China. (People’s Daily Online/Chai Junwei)

Foto memaparkan Pangkalan Kerjasama Logistik (Lianyungang) China-Kazakhstan di Lianyungang, Provinsi Jiangsu, timur China. (People’s Daily Online/Chai Junwei)

China dan negara-negara Asia Tengah berkongsi aspirasi terhadap pertumbuhan ekonomi dan menambah baik taraf kehidupan rakyat. Kerjasama antara satu sama lain terus berkembang dalam sektor tradisional seperti perdagangan, kewangan, infrastruktur dan ketersambungan, sambil semakin berkembang dalam bidang baru muncul seperti ekonomi digital dan e-dagang.

Bagi negara-negara Asia Tengah yang dikelilingi daratan, bekerjasama dengan China dalam pengurusan sumber air, pencegahan dan pengawalan penggurunan, peralihan hijau dan pembangunan digital telah menyumbang secara signifikan dalam kemampanan serantau.

Pada November 2022, Bengkel Luban yang dibina secara bersama oleh Kolej Teknologi Vokasional dan Pengurusan Pembinaan Bandar Tianjin China serta Universiti Teknikal Tajik telah beroperasi secara rasmi, juga merupakan yang pertama seumpanya di Asia Tengah. Sejak itu, bengkel-bengkel tambahan di Luban turut dibina di Kazakhstan, Uzbekistan dan Kyrgyzstan, dengan sebuah lagi sedang dalam pembinaan di Turkmenistan.

Kesemua platform tersebut mempermudahkan pertukaran teknikal dan saling belajar, serta mempromosi pembangunan bakat dan memperkukuh hubungan antara rakyat China dan negara-negara Asia Tengah.

Dari bengkel-bengkel Luban dan pusat kebudayaan kepada penghasilan filem bersama, penterjemahan buku dan kolaborasi arkeologi, kerjasama budaya China-Asia Tengah terus bermekaran.

Pertukaran dalam pendidikan, budaya, pelancongan dan kerajaan tempatan terus bersinar, secara tidak langsung memperkuat lagi asas persahabatan kejiranan yang kukuh.

Video

Berita Berkaitan