General Motors Rugi USD1.1 Bilion Ekoran Dasar Tarif AS

(CRI)Rabu 23 Julai 2025

General Motors (GM) pada Selasa mengumumkan mengalami kerugian sebanyak USD1.1 bilion (RM4.65 bilion) pada suku kedua tahun ini akibat beberapa faktor termasuk dasar tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan GM, keuntungan bersih pada suku kedua tahun ini merosot 35.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan hanya mencatat keuntungan USD1.9 bilion (RM8 bilion).

Ujar mereka, tarif 25 peratus yang dikenakan kerajaan AS ke atas kereta import sejak 3 April lalu telah memberi impak besar kepada kos operasi syarikat.

Menurut data Pusat Penyelidikan Automotif AS, dasar tarif ini akan meningkatkan kos keseluruhan pengeluar kereta AS sebanyak USD107.7 bilion (RM455 bilion).

Video

Berita Berkaitan