Ancaman Tarif AS 'Amat Tidak Bertanggungjawab' - Presiden Brazil

(CRI)Selasa 08 Julai 2025

Presiden Brazil Luiz Inacio Lula mengkritik keras tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengugut untuk mengenakan tarif tambahan ke atas negara-negara BRICS.

Dalam sidang media selepas Sidang Kemuncak BRICS ke-17 di Rio De Janeiro pada Isnin, Lula menyifatkan ancaman tarif Trump sebagai 'amat tidak bertanggungjawab' dan menegaskan setiap negara berhak mengambil langkah balas yang setimpal.

Trump menerusi hantaran media sosial pada Ahad mendakwa negara-negara BRICS melaksanakan 'dasar anti-AS' dan mengugut akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke atas negara berkenaan.

Sementara itu jurucakap Kementerian Luar China pada Isnin berkata tiada pihak akan menang dalam perang dagang dan perang tarif, dan amalan perlindungan pasti menemui jalan buntu.

Video

Berita Berkaitan