Xi Ucap Takziah kepada Presiden Rusia Susulan Nahas Pesawat AN-24

(CRI)Jumaat 25 Julai 2025

Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin susulan nahas udara melibatkan pesawat penumpang AN-24 milik Rusia.

Xi berkata, beliau amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai nahas melibatkan sebuah pesawat penumpang di Wilayah Amur, Rusia, yang mengorbankan ramai nyawa.

Selaku wakil kerajaan dan rakyat China, beliau menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa nahas tersebut.

Video

Berita Berkaitan