Xi Terima Watikah Perlantikan 16 Duta Besar Asing

(CRI)Jumaat 25 Julai 2025
Xi Terima Watikah Perlantikan 16 Duta Besar Asing

Presiden China, Xi Jinping telah menerima watikah perlantikan dari 16 duta besar baharu ke China dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Xi mengalu-alukan kehadiran para duta besar ke China, dan menyatakan harapan agar mereka dapat memahami China secara menyeluruh dan mendalam, serta memainkan peranan positif dalam mempererat hubungan persahabatan dan memperluas pertukaran antara China dan negara-negara lain.

Xi menekankan, China akan terus meningkatkan keterbukaan pada tahap tinggi, memanfaatkan potensi pasaran domestik yang besar, menjadikan pembangunan baharu China sebagai peluang bersama seluruh dunia, sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi global.

Xi turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Nurlan Yermekbayev.

Video

Berita Berkaitan