- Lain-lain
Beijing Dorong Pembaikpulihan Tapak Bersejarah di 'Paksi Tengah'
Bandar raya Beijing melancarkan pelan tindakan tiga tahun (2025-2027) mengenai perlindungan dan pewarisan 'Paksi Tengah Beijing' pada 27 Julai.
Ketua Biro Warisan Sejarah Bandar Beijing, Zhang Lixin berkata, pelan tindakan tersebut menetapkan lima aspek utama merangkumi 45 kerja penting, termasuk memperkukuh perlindungan menyeluruh dan sistematik 'Paksi Tengah Beijing', meningkatkan keupayaan pengurusan perlindungan, memperkukuh pewarisan dan penggunaan, mendorong penyebaran budaya dan kerjasama interaksi serta langkah-langkah jaminan berkenaan.
Sejak 'Paksi Tengah Beijing' berjaya diisytiharkan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO pada 27 Julai tahun lalu, Beijing terus memperbaiki persekitaran hidup di sekitar kawasan tersebut, mengetengahkan fungsi kemudahan kebudayaan dari muzium, galeri seni dan ruang tamu bandar.
Dengan semakin ramai pelancong yang mengunjungi tarikan dan bangunan bersejarah di sepanjang 'Paksi Tengah Beijing', taraf perkhidmatan pelancongan akan ditingkatkan lagi.
Menurut pelan tindakan tiga tahun itu, rancangan khusus akan ditetapkan untuk pembangunan perkhidmatan pelancongan, sementara langkah pentadbiran pelancongan yang mampan akan dilaksanakan.
- Beijing Umum 10 Teratas Bagi Destinasi Pemandangan Musim Bunga
- Jelajahi Zon Paksi Tengah Bandar Beijing yang Berunsurkan Budaya Tradisional
- Kerja-kerja Baik Pulih Istana Berusia 500 Tahun di Paksi Tengah Beijing Selesai Sepenuhnya
- Pameran Paksi Tengah Beijing Berlangsung di New Delhi
- Paksi Tengah Beijing Diiktiraf Tapak Warisan UNESCO
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Beijing Siar Laporan Berhubung Paksi Tengah